Meskipun mengakui dirinya takut kepada kuman, namun atas nama seni, seorang wanita penggiat seni, Miru Kim sanggup untuk tinggal bersama babi selama 104 jam tanpa henti. Bekas pelajar perubatan itu tinggal di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011, dan para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.
Selama empat hari seterusnya, dia akan terus tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca. Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.
Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — "Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran". Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama "I like pig and pig like me" (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.
Buku berjudul "Five Senses: A Philosophy of Mingled Bodies" itu meneroka dan menghuraikan perihal ciri-ciri dan sifat kulit. "Kulit bukan sekadar sebuah sampul yang melindungi bahagian dalaman badan, atau membran yang mengawal pertukaran di antara luaran dan dalaman badan" kata Kim.
"Ia juga bertindak sebagai titik pertemuan dunia luar dan dalaman, juga di antara badan dan jiwa" tambahnya lagi."Apabila saya bergaul dengan babi-babi, kewujudan saya lebih dapat dirasakan". Kim mulai kagum dengan babi sejak dia mempelajari subjek pembedahan di Colombia University di New York. Sejak dari itu dia mula memiliki tarikan kuat terhadap haiwan itu (babi).
"Ianya berlaku selepas saya menyedari bahawa struktur anatomy dan warna kulit babi sangat menyamai kita" kata Kim menceritakan pengalamannya. "Babi haiwan yang sensitif, pandai dan sewaktu saya bersama babi memasuki bilik kaca, pada mulanya ia memberikan reaksi takut dan kehairanan". freemalays
p/s
Salam sahabat, dah banyak kita lihat perkara seumpama ini berlaku kan!!! alasannya macam biasalah, penggiat seni dengan alasan seni nya, pelakon dengan alasan ikut skripnya dan macam-macam lagi. Manusia sentiasa mencipta alasan untuk menghalalkan apa yang dilihat janggal dan bodoh pada mata mereka yang ramai.mengapa? ...kerana manusia diciptakan dengan akal dan nafsu.
Apabila nafsu mengatasi akal, maka akal akan bekerja dengan lebih gigih mencari cara dan kaedah untuk memenangkan nafsu.Tetapi jika akal mengatasi nafsu...insyaallah kita selamat dunia dan akhirat.
Seni itu indah sebenarnya, tetapi jika keindahan itu dijadikan alasan untuk membelakangkan maruah seseorang insan dengan berbogel untuk menunjukkan keindahan seni, bagi aku ia sudah jauh menyimpang. Aku bukan penggiat seni dan tak pandai untuk menilai seni tetapi itulah seni bagi aku.
Wassalam
10 comments:
otak dah tak betul dah..kewarasan melebihi hadnya..kadang2 orang yang ada jiwa seni sanggup wat kerja gila untuk melebihi had batasan seni dia ceburi..
tak macam seni pun..lebih kepada pornografi je..keh keh
nak buat kelainan, kadang2 benda yang tak masuk akal...haiii...manusia pelik2 betullah
pelik..pelik..pelik..pelik dan terus pelik dengan sikap dan pemikiran manusia yang tak reti2 nak ikut hawa nafsu dan akal yang mudah diseleweng oleh syaitan..huhu
aduyaiiii...mcm2 skg ni...
seni ke camni??apa la dia ni..malu aku tengok.
dikurniakan kebijakan akal.tp membodohkan diri..
jom baca entry baru saya ttg keajaiban wanita
apsal nak kena bogel?nak rasa serasi ngan babi tu ke hape?
otak mcam babi la pompuan tu~
tak dapek den nak nolong eh...
Post a Comment