Sunday, December 4, 2011

WOW !!!! TESCO HENTI TAJA PROGRAM KEBAJIKAN TAPI TAJA FESTIVAL GAY


Salam sahabat, sebelum ini sokong dan taja aktiviti berkebajikan dan sekarang tibalah masanya untuk menyokong satu kegiatan yang di luar kelaziman dan kenormalan hidup. Tentang apa ni ???? haaa ni aku nak cerita sikit pasal sebuah syarikat pusat beli belah tersohor dunia TESCO  yang telah memberhentikan kerjasamanya bersama Cancer Research "race for life" tetapi dalam masa yang sama telah bersedia untuk  penajaan festival gay terbesar di Britain. Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini. dailymail

Ada orang cakap TESCO sebuah syarikat yang pengasasnya adalah seorang yahudi, betul ke??  Jadi aku google laaa sikit nak tahu sejarah syarikat ni. Nama pengasasnya Jack Cohen (tak dinyatakan pula asal dan anutan agamanya) pada tahun  1919 TESCO telah  memulakan operasi kedainya di London. Pada hari pertama TESCO beroperasi, keuntungan yang diperolehi ialah sebanyak 1 pound berdasarkan nilai jualan sebanyak 4 pound pada hari tersebut. Pada tahun 1924 Produk pertama berlabel Tesco telah  dijual iaitu Tesco Tea. Macam mana boleh letak nama TESCO? nama TES di ambil daripada TE Stockwell iaitu mereka yang terlibat dalam produk tea pertamanya manakala CO pula Sir Name  untuk Jack sendiri iaitu COHEN. sumber

Jadi bermula dari situlah Syarikat ini berkembang dan terus berkembang ke tahap yang ada sekarang. Cukup pasal salasilah TESCO. Yang aku tak puas hati mengapa perlu sebuah syarikat yang dulunya konsisten dalam menyokong aktiviti kebajikan selama sepuluh tahun dan berjaya mengumpul dana berjuta Pound bagi membantu satu pertiga rakyat di Britian yang menghidapi penyakit maut itu kini beralih arah menaja satu aktiviti yang seratus peratus bertentangan dengan sebelumnya. Menurut sumber, hasil dari sokongan itu telah berjaya mngumpulkan sebanyak 400 juta pound bermula dari 1994. 

Jadi yang menimbulkan persoalan di sini ialah mengapa baru sekarang mereka ingin berbuat demikian ? adakah penajaan ke atas Cancer Research "race for life" selama sepuluh tahun itu hanya digunakan sebagai tiket atau batu loncatan untuk menarik lebih ramai pelabur khusunya dari dunia islam ? dan kini apabila tapaknya sudah kukuh sehingga di Kota Bharu Kelantan pun dah ada dengan Tesconya (bertulisan jawi) maka barulah mereka ingin menunjukkan agenda sebenar. Sama-sama kita fikir dan renungkan. Esok siapa nak gi shopping ? haaa tepuk dada tanya iman.

1 comment:

Unknown said...

nk kita boikot Tesco ?