Sunday, December 4, 2011

ORANG PALING BERUNTUNG DAN NAK KAYA TAKKAN LUPAKAN ESOK !!!!! JOM REBUT PELUANG INI.


Salam sahabat, masuknya waktu Maghrib tadi maka masuklah kita pada tanggal 10 Muharram 1433 Hijrah. Apa yang istimewanya 10 Muharram ni yang juga kita panggil hari Asyura ? kalau budaya kita di Malaysia ni, akan ada majlis atau jamuan bubur asyura, jadi kita lupakan dulu pasal bubur asyura tu. Untuk malam ni aku nak kongsikan serba sedikit tentang keistimewaan 10 Muharram ni. Aku petik dari sumber

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".


Subhanallah banyak sungguh fadhilat dan kehebatan 10 Muharram ni kan, tetapi ada juga yang aku dengar pelbagai andaian dan hujahan berkenaan fadhilat puasa 10 Muharram ini. Jadi bagi aku yang penting kita buat sesuatu ibadah itu ikhlas kerana Allah SWT, soal ganjaran dan pahala biarlah Allah yang menentukan kerana Allah itu maha adil dan bijaksana. Untuk info orang Yahudi juga akan turut berpuasa pada 10 Muharram jadi untuk kita membezakannya kita digalakkan berpuasa sehari sebelum atau selepas 10 Muharram. Kalau macam kita ni, mungkin yang tak berpuasa hari ni, boleh kita mulakan esok dan 11 Muharram. Sumber.
 
Aku harap sesiapa yang rasa diri mereka kuat dan tiada keuzuran untuk berpuasa esok hari maka berpuasalah kerana pahala dan fadhilatnya sangatlah besar. Lagipun esok hari isnin memang elok sangat kita berpuasa sunat. Kita umat nabi Muhammad SAW ni umur kita kalau nak dibandingkan dengan umat-umat tedahulu sangatlah pendek, jadi jika kita tidak menggunakan kesempatan yang Allah SWT berikan ini dengan sebaik mungkin alangkah ruginya kita kan. 

Oleh itu jangan biarkan esok berlalu sebegitu sahaja tanpa kita penuhi dengan amalan yang berguna. Insyaallah apabila kita meneguk air berbuka puasa pada esok hari (10 Muharram) kita akan rasa sesuatu kepuasan yang tidak terhingga, satu rasa yang sangat indah bagi seorang hamba kepada penciptanya. Insyaallah.

Niat puasa Asyura : "sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari  asyura kerana Allah Ta'la".

sekadar ingin mengingatkan untuk faedah kita bersama.

Wassalam.

7 comments:

Eyfa Zalifa said...

wallahualam...

Yatie Awang said...

sudhanallah...banyaknya fadilat 10 muharram...InsyaAllah andai tiada sesuatu menghalang...

Pamie said...

info yang menarik untuk sesama islam..terima kasih untuk perkongsiaan :)

DianaAzis said...

terima kasih atas ingatannya..jom kita puasa ramai-ramai :)

Phat said...

besar sungguh fadhilat nya

Syuxer said...

terima kasih info ni..rupa2nya besar fadhilatnya

afzalsukasuki said...

trimas bro ingatkan aku :) insyaAllah esok kita pose sama2 :)