Friday, December 2, 2011

DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN BEKAS MUFTI PERLIS MASUK UMNO?? | BERBICARA SOAL HARAPAN


Salam sahabat, pada dua hari yang lalu aku melihat perbahasan perasmiaan sebuah perjumpaan/mesyuarat  agong parti politik melayu terbesar di Malaysia. Dalam rancangan tersebut aku tetarik dengan satu susuk tubuh yang sangat aku minati iaitu Prof Madya Dr  Mohd Asri Zainal Abidin. UMNO kah dia ???? bukan !! beliau hadir sebagai mereka yang memenuhi undangan tuan rumah, sebagaimana beliau juga turut hadir pada persidangan parti PAS sebelumnya. 

Opsss ini bukan entry politik yer, apa yang aku nak sampaikan di sini adalah aku berharap sangat-sangat biarlah beliau DRMAZA ini kekal sebagai seorang yang berkecuali dan bebas memberi pandangan dan pendapat dalam isu politik di negara kita.

Bagi aku jalan yang beliau pilih untuk berkecuali selepas banyak desas desus yang mengatakan beliau akan ke parti itu dan ini akan kekal dan terus konsisten. Bukan bermakna beliau tiada pendirian, tetapi bagi aku keluasan dan keterbukaan penerimaan masyarakat dan  seluruh  lapisan pemimpin tidak kira dari haluan politik mana akan lebih mesra dan selesa apabila berdamping dan menerima kritikan dan teguran daripada beliau.

Selepas menghadiri perhimpunan tersebut beliau ada menulis serba sedikit tentang perhimpunan tersebut. Boleh aku simpulkan ulasan beliau lebih tertumpu soal 'HARAPAN'. Lanskap politik Malaysia kini sudah berubah dan ia bukan lagi bercerita soal projek jalan raya, kain pelikat, duit gula dan teh, tetapi soal HARAPAN. 

Harapan kepada satu sistem pentadbiran yang telus, bermaruah dan berintegriti, kebebasan bersuara, berhimpun dan meluahkan pendapat.  Kerajaan yang dapat memberi lebih harapan kepada rakyat akan pasti terus diharapkan, tetapi jika mereka membuatkan rakyat putus harapan..mereka akan kecundang kerana membuatkan rakyat sudah berhenti berharap.

Bagi aku artikel tersebut amat menarik dan wajib dibaca oleh semua...nak baca klik SINI

Wassalam.

3 comments:

afzalsukasuki said...

aku sebagai rakyat malaysia mengharapkan begitu jugak.kepimpinan yang adil, sistem yang telus, disamping merasai pembangunan yang terancang dan prihatin terhadap suara rakyat di segenap pelusuk dan ceruk

Syuxer said...

ye biarla dia berkecuali dari hal politik ini..nanti pandangan dia lebih tidak memihak pada sapa2..:).neutral la orang katakan

khairul said...

biaq betoi Dr Asri ???