Tuesday, December 27, 2011

KADAR CARUMAN KWSP MAJIKAN 2012 | 13 PERATUS UNTUK PEKERJA BERPENDAPATAN RM 5 RIBU KE BAWAH BERMULA JAN 2012


Salam sahabat, tadi baru dengar berita ni dekat TV3, iaitu kenaikan kadar caruman KWSP  bagi majikan bermula Januari 2012 kepada 13 peratus berbanding sebelum ini 12 peratus. walaupun kenaikan ini dilihat hanya satu peratus tetapi ianya sangat bermakna bagi mereka yang bergaji RM 5000.00 ke bawah, meningkatlah sikit tabungan hari tua walaupun tak banyak kan, yang penting kita pandai mengurusnya apabila kita dah berpencen nanti kerana menurut kajian wang dibuat, pesara yang bergantung sepenuhnya kepada duit KWSP selepas persaraan kebanyakannya hanya bertahan 3-4 tahun sahaja selepas umur persaraan. Jadi disamping kenaikan ini kita juga perlu lebih arif dan berhemah dalam mengatur dan merancang corak perbelanjaan kita nanti yer. Di bawah aku syer sedikit tentang kenaikan ini.

Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012. Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia. Adalah dimaklumkan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012). Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:
  • Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun
    Kadar  baru caruman syer majikan  adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991
  • Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun
    Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5%; tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

2 comments:

Diari Si Froggie said...

walaupun 1% tetapi ianya sangat bermakna.. :)

Unknown said...

simpanan utk hari tua...