Friday, December 23, 2011

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS PERSEBAYA 23 DIS 2011 | PIALA PERMAI 2011


KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS PERSEBAYA 23 DIS 2011. Salam sahabat, baru lepas menyaksikan perlawanan Permai Cup antara Kelantan vs Persebaya sebentar tadi yang berkesudahan 1-1 hasil jaringan pemain yang boleh aku katakan sudah agak veteran tetapi masih berbisa Indra Putra pada hujung babak separuh masa pertama dan gol penyamaan Persebaya dijaringkan oleh pemain lincah Andik pada hujung babak kedua. Perlawanan pada malam ini menyaksikan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, kedua-duanya dilayangkan kepada pemain kelantan iaitu Azizi dan Nik Mohd Azim.

Sebenarnya aku percaya semua peminat bola sepak Kelantan ingin melihat kelibat pemain - pemain import yang mewakili Red Warrior musim depan. Namun apa yang dapat aku simpulkan ke semua mereka sebenarnya tidak seperti yang digambarkan sebelum ini. Aku lihat pemain tempatan seperti Indra, Mat Yo, Farhan dan Piya lebih menyerlah dan skill yang mereka tunjukkan adalah jauh lebih berkualiti daripada para pemain import.  Apapun aku harap pembelian mereka akan membuahkan hasil yang sepatutnya. Hanya masa yang akan menentukan.

KELANTAN VS PERSEBAYA
1   -    1

No comments: