Monday, December 19, 2011

LIMA DALIL MENGAPA CUEPACS TOLAK SBPA



KEBURUKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | LIMA OBJEKTIF MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI, Salam sahabat, bermula 15 Dis baru-baru ini borang option Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diedarkan untuk ditandatangani oleh 1.4 juta Penjawat Awam (PA). Mereka  hanya mempunyai masa dua minggu untuk memutuskan untuk beralih ke SBPA atau kekal di skim lama SSM. Sedang PA kalut meneliti dan berura-ura untuk beralih ke SBPA tiba-tiba CUEPACS dengan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati dan mendakwa SBPA perlu diteliti semula agar ianya tidak merugikan PA.

Untuk makluman semalam CUEPACS telah mengadakan perhimpunan bersama PA di Dewan CIDB dan memperjelaskan 5 perkara utama mengapa mereka minta kerajaan khusunya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula atau menolak SBPA
  1. Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.
  2. Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan  tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
  4. Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
  5. Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'

3 comments:

ziana said...

Pagi tadi pun kita tengok News at 7..wah bersemangat pengerusi dia ...

Anonymous said...

kalau tolak skim sbpa... dinasihatkan berhenti ker?? dah laa jawatan Pekerja Awam dah dijumudkan.. yang kami dapat tahu.. kalau tak sain skim sbpa dinasihatkan berhenti...

mas saari said...

Mas dah dengar taklimat tu, so far bersetuju utk memilih SBPA... sebenarnya kita tak boleh dengar rumors, kena dengar taklimat dulu baru boleh buat keputusan!

keputusan di tangan kita sendiri!