Saturday, December 10, 2011

PESAWAT PENGINTIP AMERIKA BERJAYA DITAWAN IRAN | JANGAN MAIN-MAIN NGAN IRAN WOOOO...


 
SIARAN televisyen Iran menyiarkan gambar pesawat pengintip Amerika Syarikat yang menceroboh negara itu dan didakwa ia telah ditembak jatuh oleh tentera Iran. Iran mendakwa pesawat pengintip milik Amerika Syarikat tersebut berjaya dikesan ketika ia sedang melakukan tinjauan lantas tentera bersenjata Iran berjaya menembak jatuh RQ-170 Sentinel, pesawat pengintip paling canggih di dunia itu.

Fox News melaporkan, pegawai senior tentera Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ia sememangnya pesawat pengintip milik Amerika Syarikat, namun menafikan ia ditembak jatuh. "ya ia memang benar namun pesawat itu masih dalam keadaan elok" katanya. Dalam pada itu, pegawai tersebut menambah bahawa Presiden Obama mengambil keputusan untuk tidak menuntut mahupun memusnahkan pesawat tersebut kerana ia akan dilihat sebagai mengistiharkan perang.

Para pegawai ketenteraan Amerika Syarikat turut mengakui kehilangan pesawat mereka minggu lalu, namun mendakwa ia kemungkinan akibat kegagalan fungsi sistemnya. Mereka juga mendakwa ia mungkin rosak teruk dan menjadi kurang sensitif sekiranya terjatuh dari ketinggian sehingga 50,000 kaki. Bagaimanapun video menunjukkan pesawat pengintip itu dalam keadaan elok.

Apa yang menghairankan, bagaimanakah Iran mampu menawan atau menjatuhkan pesawat pengintip paling canggih di dunia itu tanpa merosakkannya?
 
sumber : freemalays

No comments: