Sunday, December 25, 2011

PRODUK RUMUSAN BAYI ENFAMIL PUNCA KEMATIAN BAYI DI MISSOURI


PRODUK RUMUSAN BAYI ENFAMIL PUNCA KEMATIAN BAYI | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada laman sesawang http://www.reuters.com dan http://www,thestar.com.my berkaitan kematian seorang bayi di Missouri, Amerika Syarikat yang disyaki berpunca daripada pengambilan produk rumusan bayi Enfamil keluaran syarikat Mead Johnson yang dicemari dengan bakteria Cronobacter. Akibat daripada kejadian ini, pasaraya Wal-Mart telah menarik balik produk terlibat dengan nombor lot ZP1K7G ( tin 12.5-ounce ) daripada pasaran Amerika Syarikat.
Berdasarkan maklumbalas daripada pihak syarikat Mead Johnson Malaysia, produk terlibat tidak diimport ke negara ini. Ini juga telah disahkan melalui maklumat yang diperolehi daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM).
Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di bawah FoSIM terhadap produk rumusan bayi Enfamil dari negara Amerika Syarikat, sekiranya diimport. Sehubungan dengan itu, pengguna tidak perlu khuatir akan isu ini memandangkan produk rumusan bayi berkenaan tidak diimport ke Malaysia. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3.
sumber : abgteror

No comments: