Sunday, December 25, 2011

YUSRI DAN LISA SURIHANI KHAWIN 23 FEBRUARI 2012


 
Pasangan artis Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed mengumumkan mereka akan bernikah pada 23 Februari depan. Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang akhbar khas di sebuah hotel di sini semalam sehari selepas rombongan keluarga Yusry mengunjungi rumah ibu saudara Lisa Surihani di Taman Melawati, Hulu Klang untuk merisik.

“Semalam (Jumaat) keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa menghantar tanda tetapi kami tidak akan adakan majlis pertunangan sebaliknya akan terus bernikah,” kata Yusry yang merupakan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ibu dan bapa Yusry, Zarina Abdul Wahab Fenner dan Abdul Halim Kamal; ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim dan penerbit filem, David Teo.

1 comment:

cunndaa said...

tak suka lisa kawen ngn yusri
ape2 pun, smg bhgia