Wednesday, January 25, 2012

AIRASIA DISAMAN DI AUSTRALIA | KALAU DI MALAYSIA BUKAN AIRASIA JE YANG PATUT KENA SAMAN


AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tampang penuh perkhidmatannya dalam laman web. Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain."Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggal keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media. AirAsia tidak dapat dihubungi dalam tempoh segera bagi mendapatkan ulasannya.

P/S kalau di Malaysia bukan syarikat tu jer yang patut disaman tetapi banyak lagi tetapi aku tak paham adakah ia dihalalkan oleh pemikiran rakyat di negara ini atau kerajaan memang tutup mata kerana ia menyumbang sesuatu kepada kerajaan.

1 comment:

Unknown said...

ada benda kot yg mereka sorokkan dri rakyat. entahlh. Ak agak je. hehehe.