Wednesday, January 25, 2012

iPHONE BOLEH KAWAL KERETA | ALA-ALA FILEM JAMES BOND


Masihkah anda ingat adegan ejen perisik James Bond menggunakan kereta kawalan jauh untuk menyelamatkan diri daripada bahaya dalam filem Tomorrow Never Dies?.Teknologi itu kini menjadi satu realiti selepas sekumpulan saintis komputer di sebuah universiti Jerman membangunkan aplikasi yang menukar fungsi telefon bimbit pintar, iPhone menjadi alat kawalan jauh pada sebuah kereta mereka.

Dengan menekan butang pada skrin sesentuh iPhone, pemandu kereta berkenaan boleh mengawal stereng, brek dan pedal minyak walaupun dia berada di luar kenderaan. Teknologi itu dikenali sebagai Autonomous Car dilengkapi pelbagai fungsi elektronik seperti sensor laser tiga dimensi (3D) selain sistem pengesan kedudukan global (GPS) dan Internet wayarles (WiFi).

Terdapat sebuah kamera video pada papan pemuka kereta itu yang menghantar isyarat video ke iPhone bagi membolehkan pemandu melihat pemandangan di depan kereta sekali gus mengawal kenderaan. Alat kawalan jauh dan kereta itu yang dinamakan 'Semangat Berlin' dihasilkan oleh Kumpulan Kepintaran Buatan (AI) Universiti Freie di sini diketuai Professor Raúl Rojas.sumber

p/s sangat berguna terutamnya time hujan dan di parking  shopping complex, tapi adakah ia akan membuatkan manusia semakin malas ? ia terlalu subjektif namun itulah hakikatnya. Dunia semakin moden namun kemajuan ini perlu diimbangi dengan pengguna yang  high class mentality daripada mereka yang menggunakannya. 

No comments: