Salam sahabat, dah tengok video di atas ? mudahkan nak hilangkan perut buncit a.k.a boroi dalam masa satu hari jer. Kesimpulannya jangan percaya sangat iklan produk-produk supplement ni. Mungkin ada diantara kita bila kita tengok iklan akan harap apa yang dilihat tu berlaku seperti apa yang dinginkan..bukan produk berkaitan body builder je, macam-macam kita boleh lihat di media-media cetak dan elektronik sekarang.
Kalau tak silap aku pernah berlaku seorang pemuda di India telah menyaman sebuah company pembuat barangan pewangi lelaki kerana beliau masih 'solo' selepas setahun menggunakan produk syarikat terbabit walhal dalam iklan bila pakai jer perfume tu wanita jadi histeria..macam-macam dunia ni kan. Moralnya jangan bagitau orang kita 'bodoh' kalau orang tak tahu kita 'bodoh'
Ramai orang yang tertipu dengan produk-produk macam ni..terutamanya produk yang menjanjikan badan langsing dan menarik. sorry laaa brother... kena workout laa sikit.Kalau harap ubat 100% takkan ke mana, buat habis duit jer. Ubat tu just supplement iaitu makanan 'tambahan'. Kalau dah nama tambahan faham-faham jer laaa kan. Bukan bermaksud ia tak berguna, tetapi jika tanpa usaha daripada tuan punya badan hasilnya 'zero' jugak.
Yang penting niat dan usaha kena ada dan mesti maintain. Jangan esok bersenam sebulan plak baru nak berjogging aka bersenam. Mana boleh lemak yang dipupuk selama sebulan boleh burn dalam masa satu hari. Satu hari pun bukan 24 jam kita bersenam mungkin dalam sejam jer. Jadi amalkan gaya hidup sihat bermula 2012 ni dan jangan terlalu bergantung kepada supplement kerana apa yang penting ianya dari dalam diri kita sendiri. internal power. Pesanan untuk diri aku juga.
Wassalam
No comments:
Post a Comment