Salam sahabat, dua hari lepas blogger sekupangdua merupakan blogger terkini yang disaman, memanjangkan senarai para blogger yang pernah disaman oleh individu yang mereka babitkan dalam entry masing-masing. Sebelum ini bekas Ketua Polis Negara dah menyaman beberapa bloggers yang beliau dakwa telah menfitnahnya berkaitan isu 'perkhahwinan' beliau dengan seorang artis.
Hanya dengan sekeping gambar yang mirip Tan Sri Musa Hassan blogger-blogger berkenaan boleh membuat kenyataan yang amat berani sehingga sanggup membelakangkan fakta dan kesahihan sebenar semata-mata ingin mengejar cerita-cerita 'hot' dan sensasi.
Kita perlu ingat sebagai blogger kita boleh menulis apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa perlu ditapis dan disunting oleh sesiapa sebelum ianya tersebar ke seluruh pelosok dunia dan jika apa yang kita tulis itu tidak benar sudah tentu kesannya sangat tidak baik kepada individu terbabit.
Mungkin kita menganggap ia adalah kebebasan mutlak seseorang itu untuk bersuara dan menyampaikan pendapat. tetapi kadang-kadang kita lupa atau gagal membezakan antara kebebasan bersuara dan fitnah itu yang menjadi punca sebenar mengapa fenomena saman-menyaman ini seakan-akan sudah menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.
Bermula dari setinggi-tinggi pemimpin sehinggalah kepada rakyat jelata. Tetapi yang kita sering dengar ialah mereka yang bergelar VVIP dan artis yang kuat menyaman kerana mereka yang menjadi sumber berita para blogger dan wartawan yang kadang-kadang tersasar dalam menghasilkan bahan berita atau entry di blog.
Mungkin juga terdapat dikalangan blogger yang menghasilkan entry berunsur kritikan, tak kiralah kritikan membina atau ingin menjatuhkan si dikritik namun pihak yang dikritik boleh mengkritik balas dan menyampaikan hujah-hujah yang bernaS untuk membalas kritikan tersebut. Walaubagaimanapun ia sangat berbeza dengan fitnah, dimana sesuatu yang tidak ada diada-adakan semata-mata mengejar populariti dan kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.
Kesimpulanya berhati-hatilah ketika mencoretkan sesuatu berita yang tidak pasti dan ada hubungkaitnya dengan seseorang kerana jika ia dikategorikan sebagai fitnah kita harus bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Wassalam.
8 comments:
tu sbb rara lebih suke buat entry pasal diri sendiri.xde sape nk saman2.
semakin mantap blog ni...tahniah... :)
em x kish sebenarnye kalo kne sman... tapi dose memfitnah 2 yang amat merisaukan... bawa ke akhirat em.... renung2kan la
untuk langkah berhati2 banyakkan tanda tanya kat entri..kih kih kih..
terlajak bot boleh diunder..terlanjak blogging kena saman la jawabnya
kritik tp bukan demi populariti.
KDG2 KITA LALAI JUGA..HUHU
waspada ketika menulis..sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..
Post a Comment