Tuesday, January 31, 2012

ISRAEL'S TRADE WITH MAIN PARTNERS (2010) | BOIKOT ???? BOLEH KEEE...


Salam sahabat, aku dapat data ni daripada sini http://trade.ec.europa.eu, jadi kalau tak keberatan cari di mana kedudukan negara kita Malaysia. Sebelum ini pun aku pernah terbaca dalam surat khabar arus perdana yang mempersoalkan tentang kehadiran kapal-kapal perdagangan Israel di perairan kita, jadi timbul persoalan ada hubungan dagang ke ?  antara negara kita dengan mereka ?

Bila jumpa data ni mungkin persoalan aku atau sahabat semua terjawab. Nak tahu juga Malaysia tangga ke berapa kan...sebagai info takut nanti ada orang tanya...ini data 2010, tahun 2011 aku tak tahu laaaa...tapi kalau nak lebih detail boleh rujuk laman web yang aku linkkan kat atas tu.....kalau aku silap tolong betulkan....

Negara paling ramai umat islam di dunia Indonesia ada tak ? 2x5 jer ......yang takde Brunei..kalau ada tolong bagitau.. maknanya tak hairanlah banyak produk-produk mereka di sini.. Perkara ni dah lama... jadi apa macam sekarang, mahu boikot ? aku tak percaya kita boleh boikot produk-produk di bawah ni kerana kita dari lahir sampailah dah pencen pun guna produk yang menyokong aktiviti mereka. Apa jadi dengan kempen-kempen boikot sebelum ini ? senyap macam tu jer...hari ni rakyat palestin kena bom..kejap lagi kita pegi makan Mc"D..itu realiti..nak sanggah pun tak guna.

Contoh yang paling senang...anda mahu sihat dan kuat ? minumlah milo..hahaha...kecuali kerajaan sekat terus produk-produk ini masuk...nanti ada pula orang kata ' kita amal ekonomi terbuka laa weiii...ingat komunis ke nak sekat-sekat...pulak dah...'tapi kalau tak makan produk-produk tu boleh mati ker ?

Hujung pangkalnya berbalik kepada diri kita laaa kan...aku sendiri pun serius cakap laa tak boleh nak boikot secara keseluruhan produk mereka...tapi kita sebagai pengguna perlu bertindak bijak..kalau sebelum ini purata kita minum 10 tin coke sebulan mungkin kita kurangkan sedikit ke pada lima..macam tu juga produk-produk yang lain...boikot secara bijak.....nak boikot terus pun boleh itu lagi bijak...info bawah aku dapat sini..link

p/s platform blogspot ni pun mereka punyer....habis kalau dia nak tutup pun bila-bila masa pun boleh..namun selagi boleh ....aku gunakan ia untuk sampaikan maklumat kepada semua...


No comments: