Monday, February 6, 2012

ADIL JIKA MENANG TAK ADIL JIKA KALAH...................


Salam sahabat, memang sukar untuk berlaku adil dan dilihat adil oleh seorang pengadil terutamanya kepada dua belah pihak yang bertelagah dan ingin menang antara satu sama lain. Pihak yang kalah sudah tentu akan menyalahkan pengadil kerana tidak cukup adil dalam mengadili sesuatu perlawanan.

Tetapi adakah kita adil mengadili pengadil tersebut sedemikian ? adakah kerana kita kalah kita mendakwa beliau tidak adil dan berat sebelah ? apa pula halnya jika kita menang ? sudah tentu pihak belah sana pula mendakwa kekalahan mereka dirembat oleh seorang pengadil yang tidak adil ...jadi sudah semestinya soal keadilan ini takkan selesai sampai bila-bila.

Keadilan adalah terlalu subjektif, dan seseorang hakim atau pengadil sudah pasti  sehabis daya dan usaha sebenarnya untuk memberi keadilan dengan mempertimbangkan dari segala segi dan sudut untuk memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak.

Jadi ? apa kaitannya dengan gambar di atas ? ...mungkin ramai yang tak bersetuju dengan Howard Webb semalam kerana menghadiahkan dua penalti sehinggakan Man United berjaya menyamakan kedudukan...sehinggakan ada yang melabel beliau adalah player ke12 Man United di atas padang....hahahah memang kejam bukan!!!.....

Oleh kerana itu jika kita lihat dalam hidup kita..mengapa islam menekankan umatnya untuk sentiasa bersyukur..kerana syukur itu akan menyebabkan kita sentiasa  redha..walaupun kita merasakan diri kita dizalimi, tidak cukup serba serbi seperti orang lain dan tidak diadili dengan adil.... namun kita perlu redha..Mengapa kita redha !! .. kerana Allah SWT telah menjanjikan satu pengadilan yang maha adil kelak...dan semua insan akan mendapat pembalasan yang seadil-adilnya atas setiap perbuatan mereka...

Wassalam

3 comments:

Khairil said...

manusia ni mcm2... kalau sesuatu keputusan tak menyebelahi mereka pasti akan ada suara yang mengatakan yg bukan2...huhu

AcidFlynN WratiH said...

memang tak adil ManU dapat 2 kali penalti

ArulchelseA said...

hehe,, chelsea penah kalah lawan arsenal 5-2 di tmpat sndiri..aku kritik perthnan chelsea yg truk..tk kritik pengadil

bukan pasal redha tak redha..apa pun kena terima..cuma kita boleh persoalkan apa yg tk spttnya..drogba pun penah golkan ktika lwn MU.walaupn ofside..aku kritik jugak..

malaysia penah dpt 3 kad merah dan beberapa kad kuning ktika lwn china..apa rasional nya pengadil tu..memang rkyat mlysia redha..tp kita bleh persoalkan mutu pengadil tu..