DIVIDEN KWSP TAHUN 2011 | TARIKH UMUM DIVIDEN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) BAGI TAHUN 2011. Menurut jangkaan kadar DIVIDEN KWSP TAHUN 2011 akan diumumkan pada akhir FEB atau sebelum pertengahan bulan MAC depan. Ini berdasarkan apa yang dilihat tiga tahun berturut-turut DIVIDEN KWSP TAHUN 2010 (20 FEB 2011 PADA 5.80 % ), DIVIDEN KWSP TAHUN 2009 ( 5 MAC 2010 PADA 5.65%) dan DIVIDEN KWSP TAHUN 2008 (19 MAC 2009 PADA 4.5%). Dari apa yang dilihat ialah trend peningkatan KADAR DIVIDEN KWSP yang stabil pada setiap tahun berdasarkan kepada perkembangan ekonomi negara dan global.
Dijangka KADAR DIVIDEN KWSP TAHUN 2011 akan lebih baik daripada tahun sebelumnya berikutan prestasi ekonomi negara yang semakin baik dari segi kemasukan para pelabur asing (FDI) dan pertumbuhan yang mapan ditunjukkan oleh para pelabur tempatan (DDI). Keyakinan ini juga disokong oleh kedudukan politik negara yang dilihat agak stabil berbanding sebelumnya menjadi penyumbang kepada arah kemasukan para pelabur asing ke negara ini. Beberapa janji pada bajet 2012 yang dibentangkan dalam belanjawan pada OKT tahun lepas telah dilaksanakan dan telah sampai kepada sasarannya seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan yang terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) yang sudah pasti akan memberi impak yang positif kepada ekonomi negara.
Wassalam.
(tarikh dan jangkaan KADAR DIVIDEN KWSP 2011 berdasarkan pendapat penulis sahaja. DIVIDEN KWSP TAHUN 2011 akan diupdate selepas pengumuman rasmi dibuat - harrazdani)
No comments:
Post a Comment