Tuesday, February 14, 2012

iPAD3 BAKAL DILANCAR BULAN HADAPAN


iPAD3 BAKAL DILANCAR BULAN HADAPAN | Saham Apple melonjak melebihi AS$500 buat pertama kalinya di Wall Street, Isnin (waktu tempatan) disokong laporan kemunculan iPad3 terbarunya yang bakal dipasarkan bulan depan.
Saham Apple menokok 1.86 peratus ketika ditutup iaitu kepada AS$502.60 selepas mencatatkan kadar tertinggi AS$503.83, sejurus Wall Street dibuka.
Saham Apple melebihi AS$400 pada 26 Julai tahun lalu dan pengeluar produk teknologi yang berpangkalan di California itu menggantikan gergasi minyak, ExxonMobil sebagai syarikat Amerika Syarikat terbesar dari segi nilai pasarannya.
sumber : abgterror

No comments: