Monday, February 13, 2012

SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012 | SIARAN LANGSUNG SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012 (RTM 1)


SELANGOR VS KELANTAN 14 JAN 2012 | SELANGOR VS KELANTAN LIGA SUPER 2012. Perlawanan yang pasti menjanjikan satu pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan Liga Super 2012. Kelantan yang baru sahaja menewaskan Terengganu pastinya tidak boleh memandang rendah akan kemampuan Selangor yang dilihat sedikit goyah dan bermasalah buat masa kini.

Kelantan seharusnya menajamkan lagi penyudah di barisan serangan, ini kerana pasukan tersebut dilihat hanya bergantung kepada Nor Shahrul Idlan Talaha dalam menggerakkan barisan serangan di mana Muhammad Ghaddar dilihat semakin suram dan masih tercari-cari sentuhan penyudah. Gandingan mantap mat yo bersama Indra Putra semasa membenam Terengganu tempoh hari menjadi petanda bahawa tempat Ghaddar di barisan serangan akan tergugat.

Manakala pasukan Selangor kini dilihat masih tercari-cari ramuan terbaik terutamnya di barisan seangan mereka yang tumpul dan sentiasa buntu mencari idea di depan pintu gol perlu melakukan sesuatu bagi mengelak kekalahan kedua selepas mereka tumpas kepada pasukan "adik" Selangor PKNS tempoh hari.

Semoga Hj Irfan menemui ramuan istimewa agar Selangor tahun ini dapat memperbaiki prestasi yang semakin dilihat hambar untuk mencabar pasukan- pasukan utama lain. Perlawanan KELANTAN VS SELANGOR 14 JAN 2012 | KELANTAN VS SELANGOR LIGA SUPER 2012 akan disiarkan secara langsung melalui RTM 1 pada 14 feb 2012. LIVE STREAMING KELANTAN VS SELANGOR 14 JAN 2012 | ONLINE TV | LIVE STREAMING SELANGOR VS KELANTAN juga akan diupdate dalam entry yang akan datang. Bersama kita menyokong bola sepak tempatan.

TAGS : LIVE STREAMING SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012, ONLINE TV SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012, KEPUTUSAN PENUH SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012, KEPUTUSAN TERKINI SELANGOR VS KELANTAN 14 FEB 2012

1 comment:

encik Cool said...

Hidup selangor..
Hidup kelantan..
Hidup selamanya..