Friday, February 17, 2012

KELANTAN VS SARAWAK 18 FEB 2012 | SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS SARAWAK 18 FEB 2012 PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2012


KELANTAN VS SARAWAK 18 FEB 2012 | PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2012. Perlawanan yang akan menemukan dua pasukan dari pantai timur dan kepulauan Borneo Kelantan vs Sarawak pasti menjanjikan satu aksi menarik dan mendebarkan. Kelantan yang baru sahaja menerima kekalahan pertama musim 2012 dalam saingan Liga Super pasti akan bermain bermati-matian untuk mengembalikan moral pasukan dan para penyokongnya.

Kemelut jurulatih dan pihak pengurusan juga sedikit sebanyak mewarnai arena bola sepak Kelantan selepas kekalahan tersebut namun segala permasalahan yang timbul diharap dapat ditangani dengan bijak oleh kedua-dua pihak untuk kebaikan pasukan. Perlawanan esok pasti akan menguji keupayaan sebenar pemain import baru  The Red Warriors yang hanya diturunkan 20 minit semasa pasukan Kelantan tewas di Bukit Jalil tempoh hari. 

Bagi pasukan Sarawak, keupayaan untuk membenam Kelantan dalam saingan pertama Piala FA ini akan menjadi satu bonus dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Dengan kehadiran jurulatih berpengalaman Robert Albert dan pemain import yang berwibawa, pasukan Sarawak bakal menjanjikan kejutan besar dalam saingan kali ini.

Sama-samalah kita nantikan nanti pertembungan dua pasukan ini pada 18 FEB 2012 jam 0845 mlm di TV1. LIVE STREAMING KELANTAN VS SARAWAK 18 FEB 2012 juga akan diupdate dalam entry yang akan datang. Majulah bola sepak untuk negara.

sumber gambar  : fb kelantan FA

No comments: