Wednesday, February 22, 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | TV ONLINE | LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012


LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | TV ONLINE | LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS JEPUN  22 FEB 2012. ATAS kertas, impian skuad Harimau Muda untuk beraksi di bumi London sudah berakhir selepas gagal mengutip sebarang mata pada aksi kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan zon Asia. Namun, bagi pengendalinya, Ong Kim Swee, beliau menyifatkan sebagai suatu kejayaan paling bermakna sekiranya barisan pemainnya dapat menundukkan ‘ego’ Jepun pada aksi Kumpulan C itu. Kim Swee memberitahu, mereka kini berazam untuk melakarkan satu sejarah baharu dan sudah bersedia menghadapi ‘amukan’ pasukan yang dikenali sebagai Samurai Biru itu.
Jelasnya, tiada perasaan gentar yang menyelubungi pasukannya, sebaliknya beliau merumuskan perlawanan pada hari ini sebagai lain daripada lain. Katanya, beliau menuntut barisan pemainnya supaya menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan menampilkan aksi agresif sebaik wisel permulaan dibunyikan. “Tidak kira apa yang bakal berlaku pada malam esok (hari ini), kami sudah bersedia (untuk menghadapi Jepun).
“Apa yang pasti, corak yang kami tampilkan pada pertemuan tersebut pasti berbeza berbanding sebelum ini. “Tekanan mungkin lebih terarah kepada Jepun yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Kami tidak tertekan dan kami bersedia untuk melakarkan kejutan terhadap pasukan No. 1 Asia ini. “Sudah tentu ia merupakan pencapaian terbaik buat skuad negara sekiranya kami berjaya menewaskan Jepun.
“Jadi, saya mahukan pemain-pemain saya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan memberikan laluan sukar kepada skuad kendalian Takashi Sekizuka ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Begitupun, Kim Swee masih bersikap realistik dan mengakui ia merupakan suatu cabaran besar buat skuadnya untuk merealisasikan impian tersebut.
Sambil mengakui tahap kecergasan pemainnya sebagai memuaskan, beliau tetap merasa optimis sambil melaungkan keyakinan untuk menyekat lawan mereka itu. “Beraksi menentang Jepun, sudah tentu ia sukar buat kami. Jika Jepun berazam untuk ‘membelasah’ Harimau Muda, kami pula mengidam untuk ‘memalukan’ Samurai Biru menjelang pertemuan tersebut.
“Kami mahu mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan. Menewaskan Jepun mungkin dapat ‘mengubati’ kekecewaan kami setelah gagal mara ke pusingan seterusnya.“Begitupun, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pemain saya setakat ini,” ujarnya.
Di bawah saya sediakan live streaming untuk RTM1 
LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | TV ONLINE | LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS JEPUN  22 FEB 2012 LINK 1 (RTM 1)
LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | TV ONLINE | LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS JEPUN  22 FEB 2012 LINK 2 (RTM 1)
LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | TV ONLINE | LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS JEPUN  22 FEB 2012 LINK 3 (RTM 1)
P/S Link di ATAS berdasarkan apa yang disediakan oleh pihak ketiga, dan blog ini hanya memudahkan sahabat yang ingin mencari link dan capaian ke blog tersebut. Harap maklum.

No comments: