Monday, February 20, 2012

MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C



MALAYSIA VS JEPUN 22 FEB 2012 | LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN |  KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C“BILA lagi kita berpeluang berdepan pasukan kelas dunia seperti Jepun selepas ini? “Justeru, saya pasti menurunkan pasukan terbaik sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri (Ahmad Shabery Cheek).” Itulah azam yang dilaungkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia peringkat Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini.
Menurutnya, nestapa tewas 0-2 kepada Samurai Biru dalam aksi pertama di Stadium Tosu, Fukuoka pada September tahun lepas hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryohei seolah-olah baru sahaja terjadi semalam. Justeru katanya, harapan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jutaan peminat tempatan pastinya disahut dengan penuh ‘kejantanan’ untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.
“Walaupun perbezaan ketara antara Jepun dan pasukan kita bagai langit dan bumi, ia bukan bermakna kami mahu menyerah kalah sebegitu sahaja.
“Jadi, peluang yang jarang kali kita peroleh menentang Jepun pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyahut bukan sahaja cabaran Datuk Seri, tetapi juga membalas semula sokongan padu penyokong tempatan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Semalam di Kemaman, Terengganu, Ahmad Shabery menuntut barisan Olimpik negara memberikan yang terbaik ketika menentang Jepun nanti meskipun pintu temasya Olimpik di London sudah pun tertutup rapat.
Selepas empat perlawanan setakat ini, skuad Olimpik negara masih gagal mengutip sebarang mata dan berada di tangga tercorot apabila kalah semua aksi bermula dengan Jepun (0-2), Syria (0-2) serta tewas kepada Bahrain dengan keputusan 2-3 dan 1-2. Kim Swee berkata, pasukan negara juga memainkan peranan yang cukup besar apabila bakal menjadi penentu kepada nasib Syria dan Jepun yang kini bersaing sengit memburu satu slot automatik ke London kelak. “Saya tidak nafikan kedua-dua pasukan itu berusaha memburu kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar, jadi saya mahu semua pemain jangan sesekali mudah berputus asa sekali gus mempertahankan maruah negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baharu dalam pasukan. “Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary. “Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. “Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti,” katanya. SUMBER

No comments: