Wednesday, April 18, 2012

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 17 APRIL 2012 | KEDUDUKAN TERKINI MSL 2012 17 APRIL 2012


KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 17 APRIL 2012 | KEDUDUKAN TERKINI MSL 2012 17 APRIL 2012.  Enam perlawanan berlangsung malam ini menyaksikan pasukan jiran kita Lion XII masih unggul di persada liga dengan 36 mata hasil kemenangan besar 5-0 ke atas Selangor PKNS pada malam ini. Ternyata para pemain pasukan Selangor PKNS tidak dapat menyaingi pasukan tuan rumah apabila bermain di atas padang sintetik yang memerlukan ketangkasan dan kecergasan yang lebih berbanding bermain di atas padang rumput. 

Manakala pasukan Kelantan ditangga kedua hasil kemenangan 2-1 ke atas pasukan T-Team di Kuala Terengganu. Pasukan tuan rumah berjaya mendahului pada awal separuh masa kedua namun Kelantan bingkas bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain sayap S. Chanturu dan kemenangan Kelantan dilengkapkan oleh jaringan penalti M.Ghaddar pada minit ke 88. Sarawak tewas kepada Kedah 2-0 manakala Terengganu berkongsi mata 1-1 di Paroi menentang Negeri Sembilan. Kedudukan pasukan lain sila rujuk jadual yang disediakan. Akhir kalam majulah bola sepak untuk rakyat a.k.a peminat. Bola sepak milik semua.

1 comment:

syuxer said...

ghaddar wajib kena ada penalti hehe..siap buka baju nah..hhahahah hepi lajok kot