Sunday, April 1, 2012

VIDEO KELANTAN VS FELDA UNITED 31 MAC 2012 | VIDEO JARINGAN GOL KELANTAN VS FELDA UNITED 31 MAC 2012


VIDEO KELANTAN VS FELDA UNITED 31 MAC 2012 |  VIDEO JARINGAN GOL KELANTAN VS FELDA UNITED, Kelantan sekali lagi membuktikan bahawa musim ini adalah musim terbaik bagi mereka mempertahankan kejuaran Liga Super buat kali kedua berturut-turut selepas membenam Felda United 5-1 di halaman sendiri. Perlawanan bermula sedikit hambar dan hanya berkesudahan dengan kedudukan terikat 1-1 pada awal babak pertama hasil jaringan pemain import Kelantan Nwoha dan disamakan oleh pamain Felada United beberapa minit selepas itu.

Namun bermula babak kedua Kelantan dilihat bermain lebih teratur melalui hantaran-hantaran pendek yang sangat berkesan dan mengelirukan pertahanan lawan. Hasil taktikal dan formasi yang direncanakan oleh Bojan Hodak Kelantan berjaya menjaringkan 4 lagi gol hasil jaringan Nwoha, Norfarhan, Indra Putra dan ketua pasukannya Badri Radhzi. Kemenangan tersebut memastikan Kelantan terus unggul dipersada liga dengan 26 mata, tiga mata mengatasi Lion XII ditempat kedua. 

Dilihat permasalahan yang dihadapi oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berhubung kes tindakan disiplin yang akan dikenakan oleh FAM tidak sedikitpun merencat dan menganggu moral pasukan .Diharap kes tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah demi mutu maruah bola sepak Malaysia seluruhnya.

No comments: