Monday, September 24, 2012

KERAJAAN UNITARI (UNITARY GOVERNMENT ) | MALAYSIA TIADA KERAJAAN PUSAT (CENTRAL GOVERNMENT)


KERAJAAN UNITARI (UNITARY GOVERNMENT ) | MALAYSIA TIADA KERAJAAN PUSAT (CENTRAL GOVERNMENT). Semalam aku membaca satu akrtikel yang sangat menarik yang ditulis oleh Aspan Alias tentang kekeliruan rakyat Malaysia bermula dari pemimpin sehinggalah kepada rakyat marhaein. Beliau memberi pencerahan berkaitan penggunaan istilah KERAJAAN PUSAT oleh para pemimpin dan rakyat yang pada beliau telah terkeliru dengan istilah dan sistem pentadbiran di negara kita.    
 
Apabila kita menyebut Kerajaan Pusat persoalan yang ditimbulkan adakah kita sebuah kerajaan unitari (unitary gov)????. Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan unitari ialah Kerajaan Unitari merupakan sebuah kerajaan di mana semua autoriti politik terletak di tangan satu badan yang dikenali sebagai kerajaan kebangsaan atau kerajaan pusat. Kerajaan pusat ini mempunyai satu badan perundangan yang berupaya meluluskan apa-apa undang-undang mengikut kehendaknya. Unit-unit yang terletak di bawah bentuk kerajaan ini (seperti penguasa tempatan atau kerajaan regional) tertakluk kepada kawalannya. Negara yang mempunyai kerajaan pusat adalah seperti UK, Jepun, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lagi. Senang citer sahabat boleh tengok gambar rajah yang aku tampal di bawah ni.
Aku yakin sahabat semua nampak akan flow authority perbezaan antara Kerajaan Pusat berbanding kerajaan persekutuan ( confederal gov). Jadi negara kita yang mana satu...macam ni bro and sis Negara kita terbentuk di atas persetujuan kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat untuk membentuk bersama sebuah gabungan persekutuan. "Harus diingat yang negeri-negeri yang berada di dalam  persekutuan ini hanya wujud pada 2hb Feb 1948 apabila negeri-negeri yang berada di dala semenanjung ini menandatangani perjanjian persekutuan itu. Maka terbentuklah sebuah negara persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1957 dahulu. Pada tahun 1963 tanggal 16 September persekutuan ini disertai oleh Sabah dan Sarawak maka persekutuan ini dinamakan Persekutuan Malaysia" -AA.

Yang menjadi kekeliruannya sekarang apabila para pemimpin kita sering menyebut Kerajaan Pusat seolah-olah mereka mempunyai authority penuh ke atas semua negeri di bawahnya dan yang sangat menyedihkan apabila masyarakat yang tidak pandai menggoogle dan hanya tunggu disuap jer terima bulat-bulat apa yang dikatakan. Malaysia adalah kerajaan persekutuan dan di Putrajaya itu adalah kerajaan persekutuan bukannya kerajaan pusat...jadi nama kerajaan persekutuan segala apa yang termaktub di dalam perjanjian 2 FEB 1948 dan 16 SEP 1963 perlu diraikan hak-haknya. hak siapa?? hak negeri-negeri yang bernaung di bawahnya..

Hari ini kita selalu mendengar orang akan berucap dengan menggunakan perkataan kerajaan pusat..ini adalah projek kerajaan pusat..duit kerajaan pusat..hasil sumbangan kerajaan pusat....score board ( baru di bina di stadium sultan muhammad iv) adalah hasil sumbangan kerajaan pusat.. Dan almaklumlah jika disebut Kerajaan pusat ianya sinonim dengan parti politik. Aku tak mahu sentuh isu politik kepartian di sini okey faham-faham sendirilah bro and sis takkan semua aku nak feed...tapi kalau kita perasan ada signboard yang menyatakan "projek kerajaan persekutuan" itu yang sebetulnya...tapi bila ianya bertukar ke dalam bentuk verbal...ia bertukar menjadi kerajaan pusat...mengapa ini berlaku???
 
Aku sertakan di bawah ni kebaikan dan keburukan Kerajaan Unitari ni..khusus kepada sesiapa yang ingin google tentang info ini..aku ambil sini
 
 
Kebaikan (Advantages)
a.   Kesamaan (uniformity) undang-undang, dasar dan pentadbiran merupakan salah satu kebaikan sistem kerajaan ini. Ini bererti seluruh negara tertakluk kepada undang-undang yang sama dan ini memudahkan perjalanan kerajaan secara licin dan lancar.
 
 
b. Oleh kerana semua unit di bawah kerajaan ini diwujud dandiwakilkan kuasa oleh kerajaan pusat, unit-unit tidak boleh berpisah daripadanya. Ini menjamin kestabilan politik dan perpaduan negara.
 
c. Sistem pentadbiran bentuk kerajaan ini adalah terlalu mudah,fleksibel dan juga “economical”. Mentadbir unit-unit kecil di bawah kerajaan pusat adalah mudah dan tidak melibatkan perbelanjaan tinggi (perbelanjaan murah) kerana tiada duplikasi institusi-institusi politik atau personel.
 
 
d.   Sistem kerajaan ini merupakan satu sistem yang bersepadu.Lantaran itu, tiada perselisihan faham atau pertikaian antara kerajaan pusat dan unit-unit di bawah kawalannya, seperti terdapat dalam sesebuah kerajaan berbentuk persekutuan di mana kuasa dikongsi antara dua peringkat kerajaan – iaitu, kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri.
 
 
e. Sesebuah kerajaan unitari adalah lebih berkuasa semasa perang dan dalam mengendalikan hubungan/hal ehwal luar. Ini adalah kerana semasa perang, usaha bersepadu serta keputusan pantas perlu diambil untuk menangani keadaan. Ini boleh dibuat dengan mudah di bawah sistem unitari.
 
Keburukan (Disadvantages)
a. Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat merupakan salah satu ciri kerajaan ini. Kezaliman boleh berlaku jika kerajaan menyalahgunakan kuasanya atau menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya. Pemusatan kuasa boleh juga mencabuli hak-hak asasi rakyat.
 
 
b. Kepentingan serta keperluan tempatan diabaikan dalam sistem ini kerana ketiadaan kerajaan tempatan yang kukuh. Kerajaan pusat membuat semua keputusan mengenai hal-ehwal tempatan dan pihak penguasa tempatan tidak dapat membuat sesuatu keputusan mengikut keadaan dan daya usahanya sendiri. Perjalanan kerajaan tempatan tertakluk kepada pengawasan kerajaan pusat.
 
 
c. Sering kali kerajaan pusat tidak menyedari tentang masalah yang dihadapi oleh unit-unit di bawahnya kerana ia tidak mempunyai “first hand knowledge” (maklumat langsung). Oleh itu, ia tidak dapat bertindak dengan pantas bagi menangani masalah tempatan.
 
 
d. Di bawah sesuatu sistem unitari, kerajaan pusat dibeban dengan tanggungjawab yang berat dan keadaan ini boleh menjejaskan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan. Ketidakcekapan serta perbuatan rasuah boleh juga berlaku.
 
 
e. Sistem pemerintahan ini tidak sesuai bagi sesebuah negara majmuk (yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama, bahasa dan tradisi). ini adalah kerana kaum minoriti mungkin menuntut autonomi (kebebasan) dalam hal-ehwal tempatan.
 
 

No comments: