Monday, September 24, 2012

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013 | ONLINE MATRIKULASI KPM 2013 | SYARAT PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2013

 
PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013 | Permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 kini telah dibuka. Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
 
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester.
 
Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Berikut adalah panduan untuk permohonan Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 secara online:
*(BUAT MASA INI MASIH BERLAKU KESESAKAN PADA LINK YANG DISEDIAKAN BERKEMUNGKINAN  JUMLAH AKSES YANG TERLALU TINGGI)  boleh cuba pada bukan waktu peak...sbb pagi tadi admin buka ok jer..;)

Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.


SUMBER: ABGTEROR.COM

No comments: