LAPORAN PENUH BELANJAWAN 2013 PAKATAN RAKYAT | DOWNLOAD LAPORAN PENUH BAJET 2013 PAKATAN RAKYAT | LAPORAN PENUH BAJET 2013 PR. seperti yang kita sedia maklum pakatan rakyat telah mendahului Kerajaan persekutuan dalam membentangkan belanjawan 2013. Ada orang kata mereka tidak menghormati Kerajaan Persekutuan dan macam-macam lagi. Bagi aku masing-masing ada pendapat dan pada mereka yang berpolitik setiap langkah yang mereka atur sudah semestinya mempunyai agenda untuk menarik sokongan pengundi yakni rakyat keseluruhannya tak kiralah dipihak kerajaan mahupun pembangkang.
Bajet 2013 pakatan rakyat yang bertemakan 'ekonomi rakyat negara berkat' aku lihat lebih mengutamakan meningkatkan kuasa beli dan pendapatan boleh guna rakyat. Jumlah perbelanjaan keseluruhan RM 234 Billion (RM 185 Billion perbelanjaan mengurus manakala RM 49 Billion perbelanjaan pembangunan). Secara detailnya anda boleh baca LAPORAN PENUH BELANJAWAN 2013 PAKATAN RAKYAT | DOWNLOAD LAPORAN PENUH BAJET 2013 PAKATAN RAKYAT | LAPORAN PENUH BAJET 2013 PR melalui link yang aku sediakan ini.
Esok aku akan linkkan pula LAPORAN PENUH BELANJAWAN 2013 yang betul-betul punyer..;) yang atas ni sekadar bayangan jer. Tetapi aku percaya pihak kerajaan tidak memandang remeh bajet 2013 yang dibentangkan oleh pihak Pakatan Rakyat ini. Ia secara automatiknya menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam menilai kreadibiliti dan keupayaan sesebuah kerajaan. Mungkin ada yang berpendapat 'xder kuasa boleh laaa janji macam-macam" namun sebenarnya keadaan politik sekarang ini adalah satu fenomena yang tidak pernah berlaku di Malaysia dan ianya satu perkara dan perkembangan yang positif untuk kita semua nilaikan.
p/s : ini bukan blog politik, sekadar berkongsi maklumat dan tidak bias kepada mana-mana pihak, semua kita layan sama rata.. sama-sama kecil ...sama-sama besar...;)..berpolitik bukan semestinya berparti.
1 comment:
Apa2 pun boleh janji, hanya pada beberapa helai kertas. Yang sebenarnya perlu diambil teliti. Ia penanda aras keadaan ekonomi kita pada masa hadapan.
Post a Comment