Wednesday, September 26, 2012

SIARAN LANGSUNG BAJET 2013 – LIVE STREAMING BAJET 2013 28 SEPTEMBER 2012 | SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2013 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA

 
SIARAN LANGSUNG BAJET 2013 – LIVE STREAMING BAJET 2013 28 SEPTEMBER 2012 | SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2013 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA. Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 28 SEP 2012 jam 1600 hrs bertempat di Parlimen Malaysia.
 
Untuk makluman sahabat semua, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2013 juga akan disiarkan secara langsung(webcasting) melalui Portal Bajet 2013. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013. sumber
 
Dalam pembentangan bajet ni, bagi aku ramai orang yang suka dengar tentang perkara-perkara yang best-best jer, macam Bonus (kakitangan awam), pelbagai elaun dinaikkan dan pemberian bantuan wang tunai seperti BR1M, pelepasan cukai  dan lain-lain lagi. Namun jika diumumkan tentang pengenaan cukai itu dan ini mungkin akan sedikit merencat keseronokan tersebut. Kita harus ingat, selagi kita hidup atas muka bumi ni kita tak boleh lari daripada dua perkara iaitu mati dan bayar cukai.
 
Jadi aku  harap kita semua bersedia dengan apa jua bentuk cukai yang ingin dinaikkan atau diperkenalkan oleh Kerajaan terutamanya GST. Goods and Services Tax ni aku rasa dah lama ingin dilaksanakan namun sampai sekarang masih tertunda. Bagi aku jika ingin dibandingkan GST dengan SST lebih baik GST namun mungkin ramai lagi yang kurang faham atau malas nak mencari info pasal GST sehingga ramai yang memandang GST ini adalah satu yang membebankan.
 
Insyaallah aku akan update LIVE STREAMING BAJET 2013 28 SEP 2012 pada hari pembentangan nanti kepada para sahabat yang ingin menontonnya melalui kemudahan internet. ISI KANDUNGAN BAJET 2013 pun akan diupdate selepas pembentangan tersebut.

LIVE STREAMING BAJET 2013 28 SEP 2012 (LINK 1)

LIVE STREAMING BAJET 2013 28 SEP 2012 (LINK 2)
 

1 comment:

Luke said...

GST ni sangat efisyen kutip cukai, cuma bantuan BR1M perlu lebih tinggi, barang keperluan yang tidak dikenakan cukai mestilah lebih diperluas contoh susu, pampers, makanan tin dsbg.