Saturday, April 30, 2011

dewasa sebelum masanya....



hepi tengok blog Harrazdani hari ni...ceria dari kebiasaan. terima kasih kawan- kawan yang sudi singgah dan jadi follower blog ni, semoga kita dapat berkongsi sesuatu yang baik dan dapat memberi manafaat bersama.

slot terakhir buletin utama tadi fokus kepada seorang kanak-kanak berumur 18 bulan yang bernama Baerke menendang bola masuk ke dalam sebuah kotak, apabila melihatnya bagi saya boleh membuatkan semua orang kagum dan teruja dengan bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak ini. terus google dalam youtube cari untuk dikongsi bersama.

kerana bakat yang dimiliki oleh Baerke, sebuah kelab dari Eredivisie Belanda, VVV Venlo telah menyediakan kontrak profesional selama sepuluh tahun kepada Baerke. siap Baerke tanda tangan lagi kontrak tu.


dalam situasi seperti ini, bagi saya ada pro dan kontranya....mungkinkah Baerke dewasa sebelum tiba masanya, banyak contoh yang kita dapati dari kisah-kisah genius yang telah mendapat liputan yang luar biasa dari media dan masyarakat, tapi dimana mereka sekarang...??? contoh yang paling ketara ialah adik Aisyah pelajar pintar di UK yang mempunyai darah melayu...akhirnya dimana kesudahannya.

moral of the story, jangan biar anak kita dewasa sebelum tiba masanya....biarkan mereka berseronok tanpa ada apa-apa ikatan, kerana dunia mereka adalah amat berbeza dengan dunia kita yang mengejar RM dan Dollar. kalau tidak, dah lama anak saya Muhammad Harraz Danieal  kat bawah ni ikat kontrak dengan BMG atau EMI..huhu

5 comments:

Shahir said...

proses untuk menjadi matang ibarat mendaki tangga yang tinggi. melangkah terlalu luas, boleh menyebabkan kaki tersadung. tersilap langkah. jatuh, parah.

tapi ada yang langkahnya lancar dan laju. anugerah tuhan untuk mereka yang tertentu sahaja.

p/s: comelnya anak

Cik Ungu Kamila said...

yup, betul tu.

terus teringat kisah aishah tu. kesian dia.

harrazdani said...

MSS : setuju...hanya mereka yang terpilih sahaja. ttp mungkin mengundang hati yang cemburu melihat anugerah tersebut...dunia sekarang..hmmm..

P/s : tq.anak baru masuk 4 tahun. blog ni pun sempena namanya.

harrazdani said...

CUK : pengawasan yang menekan...akhirnya akan meletup...begitulah apa yang dialami olehnya...ttp xbolh salahkan 100% kepada ibu bapanya...

DAUD said...

power giler budak ni