Pagi tadi sampai office terus capai utusan (subsidi office punya), kalau harapkan saya, memang tak berapa berminat ngan utusan ni sebab banyak cerita yang berunsur lucah sejak kebelakangan ini.:-), sorry la kepada peminat-peminat utusan. Tiba-tiba apabila buka dekat ruangan komentar pembaca, terlihat gambar di atas...."sales girl wanted diterjemahkan sebagai Penjual Gadis"..seorang pembaca mengutarakan rasa ketidak puasan hatinya melihat iklan yang digantung di salah satu tempat di sebuah negara yang bahasa rasminya adalah bahasa MELAYU.
Saya berasa sungguh hairan, adakah mereka yang menempah iklan tersebut atau kedai yang membuat iklan yang keliru sebenarnya...kebiasaannya kedai iklan akan buat sebagaimana kehendak pelangganya
. kesimpulannya bagi saya kedua-duanya sudah pening.
Satu lagi yang mengkonfiuskan saya, adakah mereka tidak faham bahasa inggeris atau tidak memahami bahasa melayu..kalau tak faham bahasa inggeris pun, terjemahan kepada bahasa melayu itu pun dah jelas lari dari maksud asal.
Tiba-tiba saya terfikir, kalau macam inilah tahap pemahaman orang malaysia terhadap bahasa kebangsaan, iaitu bahasa melayu..tak usahlah kita gegak gempita mencanang untuk memartabatkan dan memperkasakan bahasa kebangsaan ini, kerana kalau ikutkan gambar di atas hendak berdiri pun tidak mampu apatah lagi untuk diperkasakan.
4 comments:
OHMANGAI.NI ORANG MELAYU YANG TULIS KE APA NI?EVEN KALAU BUKAN ORG MELAYU PON KENE LAH TAHU BAHASA KEBANGSAAN.TERUKNYA BILA DAH TRANSLATE
nih mesti gune google translate nih..
pttnya dia kena mintak la org lain translate.
izyan : rasanya bukan orang melayu,
syrupmasin : rasanya la kot
nik : malu bertanya sesat jalan.
Post a Comment