Hari ini dalam sejarah 5 Mei 2011, minyak RON 97 naik lagi RM 0.20, kepada RM 2.90 seliter. Ia merupakan rekod tertinggi harga minyak di Malaysia setakat ini. Untuk pengetahuan kenaikan ini adalah yang ketujuh selepas harganya diapungkan mengikut pasaran minyak dunia sejak 31 Jan lalu.
Mungkin di antara kita beranggapan kenaikan tersebut tidak ada impak sedikitpun kepada kita, ini kerana setiap hari kita menggunakan minyak yang dinaik taraf dari RON 92 kepada RON 95 yang masih kekal harganya RM 1.90. apa yang saya seringkali tertanya-tanya adakah minyak ini selamat digunakan?. Ini kerana, sejak kebelakangan ini kenderaan terbakar apabila terbabit dengan kemalangan kerap kali kita dengar.
Timbul persoalan dimana, adakah mangsa kemalangan tersebut terkorban akibat hentakan kuat semasa kemalangan atau akibat daripada kebakaran tersebut. Namun demikian, sehingga kini belum ada kajian dan bukti saintifik yang menyokong dakwaan saya ini. Namun apa yang saya tahu kerajaan melalui MIROS dan bahagian automotif JPJ ada melakukan kajian untuk menjustifikasikan dakwaan tersebut.
Jangan kita ingat kenaikan terhadap RON 97 tidak akan memberi kesan secara langsung pada kehidupan harian kita. Mungkin kita tidak rasa semasa mengisi minyak, tetapi kenaikan kos hidup lain bagaimana ?, kenaikan harga barang keperluan harian seringkali dikaitkan dengan kenaikan harga minyak...tak kiralah RON berapa pun...automatiknya kuasa beli kita akan susut, kita akan akan berjimat...apabila rakyat enggan berbelanja, tabungan akan meningkat. Tabungan yang lebih tinggi berbanding perbelanjaan adalah tidak baik untuk perkembangan ekonomi sesebuah negara. ( apa yang saya faham semasa belajar di universiti dulu).
Kesimpulannya yang akan merasa kesannya adalah rakyat marhaein yang pendapatannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bawa RM10 ke kedai runcit hari ini untuk beli beras, minggu depannya tak akan sama lagi timbangannya. namun pendapatan tak pernah seiring dengan pertambahan harga tersebut....janganlah kita sentiasa mendongak ke atas melihat menara KLCC yang gah sehingga melupakan mereka yang di bawah merintih pedih untuk meneruskan kehidupan....saya risau apabila rakyat tersedar selama ini mereka dipermainkan terjadilah seperti adegan di bawah ini....huhu
p/s tidak berpihak kepada mana2...sokong ikut tajuk :-)
p/s tidak berpihak kepada mana2...sokong ikut tajuk :-)
6 comments:
MINYAK NAIK.GAJI TAK NAIK.WUWUWU.TACING AAA
aku nak gelak bila ada orang kata RON95 mudah terbakar.. Tak kisah le minyak apa pun, selagi namanya minyak, akan mudah terbakar.. Apa yang membezakan antara RON95 dan RON97 ialah kandungan Octane rating dia.. Lagi banyak octane, lagi kuat engine berfungsi.. Senang cite kandungan octane tinggi nih akan naikkan kemampuan kereta, sebab tu RON97 special untuk kereta prestasi tinggi macam BMW..
Tak ada lagi kajian yang membuktikan RON95 mudah terbakar berbanding RON97.. itu cuma kata kata orang je.. Kalau ko nak taw, kereta terbakar kebiasaannya disebabkan overheating, maybe sebab cooler tak function or sumthing happen..
Aku nak tanya ko, kebiasaannya kereta yang dikatakan ''terbakar disebabkan RON95'' tuh, bermula dari mana..?? dari depan atau belakang..??Tangki terletak kat mana.?? depan..?? hehehe..
Kalau ada peniaga yang naikkan harga dengan alasan ron97 naik, ko luku je pale dia.. Mana ada lori atau van yang pakai ron97.. Kita pengguna, kita ada kuasa.. HAHAHA.. *gelak evil
^-^
izyan : sabor jer laaa...
ayie : terima kasih, isu utama yg dibincangkan banyak kemalangan hari ini mangsanya rentung akibat kereta terbakar...lihat statistik sebelum dan selepas 2009 ( 2009 RON 95 diperkenalkan)...mungkin kebetulan kot atau sistem coolen kereta skrg tak bagus...haha...tp kalau terbakar sebab sistem cooler atau benda lain ( tak payah terang laa itu semua orang tahu)...rasanya sempat lagi tuan punya kereta keluar, KECUALI mereka yang fikir selagi kebakaran tu bukan dari tangki minyak belakang kereta takkan meletup...ye laaa buat apa nak takut tangki minyak kan kat belakang..hahah duduk la dalam kereta tu....confirm tak meletup punya.kalau excident pun...dah nampak api kat depan pun..jgn lari duk dalam kete...sbb tangki kat blkg kete takkan meletup/terbakar punyer..hahah.JADI TAK PERLU KITA PERSOALKAN KEDUDUKAN TANGKI MINYAK SEMASA KEMALANGAN...
kita perlu tahu faktor2 penentu atau penetapan harga dalam ekonomi...pengangkutan merupakan jaringan atau rantaian terakhir penjualan sesuatu produk sebelum ianya tiba kepada pengguna akhir...prosesnyer panjang yop. jgn ambil mudah jer yop....nak luku kepala driver lori tu...dia pun angkut barang yang dah siap ada tanda harga..hahah
di malaysia sejauh mana kuasa pengguna dipraktikkan...kalau tak dah lama mamak lingkup..."isu makan dan minuman di kedai mamak tinggi beberapa tahun dahulu"...tp tgk bertambah maju nampak sekarang ni..."kita pengguna, kita ada kuasa"...sekadar dlm hati jer laaa...
Minyak naik, rakyat pun naik. Naik angin.
MSS : darah pun naik..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy cat spray dashboard kereta
pasni barang naik lagi lerrr... orang pun naik darah.... asyik naik ajerr tak turun pun... kesian rakyat macam aku ni
Post a Comment