Hampir dua minggu lagi kemungkinan akan adanya satu perhimpunan yang dinamakan Bersih 2.0 yang akan diadakan di ibu negara, walaupun saban hari kita melihat pelbagai langkah dan cara pihak berkuasa untuk cuba mengawal dan mengelak daripada perhimpunan ini daripada terus berlaku tetapi apa yang dilihat semakin hari semakin marak api semangat mereka yang ingin berhimpun.
Saya tidak mahu menyentuh apakah yang dimaksudkan dengan bersih 2.0 ini dan apakah misi dan visi yang ingin dibawa oleh pihak penganjur perhimpunan tersebut. Yang ingin saya sentuh ialah pada saya berlakunya konflik di mana semua pihak ingin kehadapan kononnya merekalah yang pencetus penggerak perubahan sistem politik negara dan satu pihak lagi mendakwa merekalah yang akan mempertahankan secara habis-habisan sistem yang ada sekarang.
Di sebelah pihak penganjur bersih 2.0 saya melihat berlakunya perebutan yang mendakwa kamilah pencetus kepada perubahan iaitu antara parti politik dan NGO. Masing-masing ingin terkehadapan dalam memperjuangkan hal berkaitan perubahan. Manakala di pihak yang ingin mempertahankan perkara yang nak diubah tadi mendakwa seperti merekalah wira yang akan mempertahankan maruah bangsa dan negara....
Dicelah-celah perebutan mempertahankan keegoaan kedua belah pihak, muncul pula pihak-pihak media yang mereka anggap diri mereka bebas dari segala anasir 'bias' melaporkan keadaan atau situasi perkembangan perhimpunan ini.....walaubagaimanapun mereka-mereka ini lupa tingkah laku dan tindakan mereka sedang diperhatikan dengan tekun dan teliti oleh seluruh rakyat malaysia, yang pada pendapat saya sudah semakin matang untuk berfikir dan menilai kewajaran dan kerelevanan sesuatu isu yang dibangkitkan.
Saya berharap pihak berkuasa bijak memainkan peranannya agar tidak timbul sebarang masalah yang akhirnya bakal merugikan negara dan bangsa. 'kebebasan berhimpun dan bersuara adalah hak setiap rakyat malaysia" ianya memang dijamin di dalam perlembagaan, tetapi ingat....banyak yang ingin mengambil kesempatan di atas kesempitan.
12 comments:
tak faham Tia . ini pun boleh jadi isu kan ..
semua nak tunjuk hebat tapi tak tau le mana yang paling hebat...
yg mnyibuk hanya utk menampkan keburukan..pada hal sbenarnya tk mcm tu... ada yg nak join tu seperti sokong membawa rebah tu..
aishhh...manusia2..memang beginilah gamak nyer kalo sudah berada diakhir zaman....
aku sokong BERSIH..:)..perlukan perubahan...
tak tahu sokong mne2.. emm...masing2 rasa merka yg betul..
pembangkang punya kempen la...bersih rasuah,bersih korupsi...macam bersih diorang
aku sokong FRU...haha
mender ni?? tak paham la kawe huuuuuuu
aku tak tau bersih tu ape.. hehe
wow jawapn de yg tersentap tu.. cuak aku..BN dlm diam ade kat sini rupanye..kih kih kih...
x taw nk kata apa
Post a Comment