Sunday, June 26, 2011

kerana apa wanita jalin hubungan seks



Assalamualaikum dan salam sejahtera,  kalau saya katakan pada hari ini ramai diantara wanita menjalinkan hubunghan seks bukan kerana cinta dan kegairahan pada pasangannya tetapi saje je untuk menghilangkan kebosanan dalam kehidupan, kasihan pada lelaki dan yang paling bestnya untuk menghilangkan sakit kepala akibat migrain adakah anda boleh terima. ? dakwaan saya ini berdasarkan satu kajian yang di buat oleh Profesor psikologi di Universiti Texas, Dr Cindy Meaton dan Dr. David Buss mengetengahkan 200 sebab mengapa wanita menjalinkan hubungan seks dalam ‘Why Women Have Sex’ Tertarik pada pasangan berada nun jauh di bawah senarai berbanding untuk menghilangkan, melegakan sakit kepala dan sebagai tanda terima kasih untuk makan malam yang hebat.

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki mendapati kebanyakan wanita sangat menarik daripada seksual. Sedangkan kebanyakan wanita pula berpendapat sebaliknya iaitu kaum lelaki langsung tidak menarik secara seksual, seperti mana yang dilaporkan dalam the Telegraph. Ia berdasarkan soal selidik yang dilakukan ke atas 1,006 wanita di Amerika Syarikat dan jawapan yang ditemui agak memeranjatkan.

Seorang wanita mendedahkan dia menjalinkan hubungan intim untuk merasai pengalaman spiritual dan berpendapat ia merupakan saat dia paling rapat dengan tuhan. Sementara yang lain mengaku melakukan seks melegakan sakit kepala dan menjadikan kemahiran seksual lebih baik serta menghilangkan masalah jerawat.
Bagaimanapun, majoriti iaitu 84% mengaku mereka menjalinkan hubungan intim bagi menjalani kehidupan yang tenang dan sebagai imbalan untuk pasangan melakukan kerja-kerja rumah tangga.

“Saya mengadakan hubungan seks untuk menghilangkan kebosanan. Ia lebih mudah daripada bergaduh. Ia memberi saya sesuatu untuk dilakukan.” Kata seorang respondan. Seorang wanita pula memberitahu. “Saya menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki kerana berasa kasihan kepada mereka.”

Satu soal selidik yang dilakukan oleh penyelidik mendedahkan seorang daripada 10 wanita mengaku menjalinkan hubungan seks untuk mendapatkan habuan seperti hadiah atau menikmati makan malam di restoran mahal. Antara respons yang diterima termasuklah si dia menghadiahkan satu makan malam yang enak atau dia membelanjakan wang yang banyak untuk saya. Dia menghadiahkan saya hadiah yang mahal dan dua sanggup memberikan


Kajiannya ini bagi saya dilakukan di Amerika dan kita sudah sedia maklum tentang sosio budaya dan pegangan agama mereka amat berlainan dan berlawanan dengan kita di Malaysia khusunya kita yang beragama islam, Jadi kajian ini bagi saya bukanlah kayu ukur secara keseluruhannya sikap wanita pada hubungan seksual. lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkhawin..kerana apabila seseorang itu sudah berkhawin hubungan di antara mereka adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan antara satu sama lain. dan jika ianya di anggap kewajipan secara automatiknya perkara tersebut adalah baik dan mendapat pahala jika dilakukan dengan tertib seperti yang telah dianjurkan. Apa yang penting sikap saling menghargai dan menyayangi itu perlu diletakkan ditempat paling atas dalam sesebuah perhubungan...dan jika ianya gagal diletakkan ditempat yang sepatutnya makan terjadilah seperti fenomena kajian di atas, yang mana tiada lagi naluri kasih sayang dalam mengharungi kehidupan bersama.

12 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

uish , macam tak masuk dek akai . banyak lagi cara nak hilangkan sakit kepala la woii ..

Khairil said...

sekarang sudah ada ramai remaja wanita melayu yang dah jadi mcm di amerika tu....tanpa segan silu berbicara tentang seks....

ArulchelseA said...

cuak aku..zaman makin maju....

s u a r a h e a R t y said...

adeiii. . . .tak semua kot guna alasan ni. . . .pelik - pelik je reason tu. . .

tia @ Ini Kisah Tia said...

khairil : betul katanya . ada member Tia selamba beruk cerita pasal s**s tu beramai-ramai . lelaki perempuan lak tu . bila Tia senyap tak ikut cerita depa kata "yang senyap tu lah banyak pengalaman" . woiii , dah membara jiwa ni . cakap banyak , nanti jadi besar lak . hish ! tak matang langsung .. pandai betul ...

Roza Ami Nanomiya said...

budaya tu skang ada kat amerikaa


20-30 tahun lagi sampai ke seluruh dunia. mcm remaja2 skang blh kata 80% dah buat seks. tu budaya 20-30 thn lampau negara amerika

caliph shuriken said...

mmg 'maju' sgguh diorg kt sana, huh...

latest en3: ada apa dengan botol mineral

cik chinta said...

obesea bole la kot. sni ade ke?

MARIA LIZA said...

yang penting biarlah HALAL...

Jiejah Gorjes said...

suke giler ngan topik ni huhuhu
komen saya? jgn kata budak remaja...wanita dewasa pun berperangai camtu...

cucu umie said...

kebanyakan mereka di amerika ketika usia muda lagi sudah terdedah dengan sex..jadi tidak HAIRAN JIKA merka mwngatkaan bhawa sex hanya untuk meghilangkan kebosanan...

Terbelog said...

sori
aku x baca
aku tgk gamba tu je ha3