Monday, June 27, 2011

hidup kosong tanpa ASTRO ????


Asslamualaikum dan salam sejahtera, tengah-tengah blogwalking terlihat satu entry daripada benashaari. yang memaklumkan tentang kempen anti Astro yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan dibantu oleh lebih 70 badan bukan kerajaan NGO's . Dalam kempen yang dilaksanakan bermula hari ini itu menyeru agar para pelanggan ASTRO tidak membayar bil bulanan selama 3 bulan berturut-turut. kempen ini tercetus berikutan pihak ASTRO dilihat tidak menghiraukan gesaan kerajaan dan persatuan agar tidak melaksanakan cadangan menyemak semula caj yang ingin dilaksanakan oleh pihak mereka pada 11 Julai ini. tetapi persatuan tersebut mendakwa tiada tindak balas yang serius daripada pihak ASTRO.

Mengapa mereka begitu berani?...saya telah menyentuh hal ini dalam entry sebelum ini klik sini di mana ASTRO telah berjaya memonopoli pasaran penyiaran negara kita. Kerana apa!!!! kerana ASTRO berjaya meletakkan dalam minda rakyat Malaysia kini bahawa mereka tak boleh hidup tanpa ASTRO, dan yang kedua kerajaan gagal menyediakan siaran-siaran yang berkualiti selari dengan perkembangan minda rakyat di Malaysia. lihat sahaja rancangan tv yang disediakan jarang-jarang yang memenuhi kehendak dan selera ramai, dan yang paling menyedihkan iklan lebih panjang daripada cerita yang hendak ditayangkan, dan jika kita berada di kampung-kampung pendalaman...mereka mendakwa terpaksa memasang ASTRO kerana jika tidak, siaran yang diterima sangat teruk dan amat mengecewakan....disini timbul persoalan, adakah pihak berwajib sudah tidak mengambil peduli tentang kualiti siaran mereka di kawasan pendalaman? atau hanya membiarkan sahaja agar rakyat terpaksa membayarnya untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik....

Kita ada Akta Perlindungan Hak Pengguna  1999 dan Akta komunikasi dan Multimedia 1998, gunakanlah akta tersebut untuk membela nasib pelanggan - pelanggan ASTRO ini...inilah masanya untuk kerajaan menggunakan akta tersebut agar ASTRO tidak sesuka hati menaikkan caj walaupun sudah mendapat keuntungan 800 juta. Jika kerajaan menyatakan bahawa mereka perlu membuat pilihan kerana kerajaan telah menyediakan alternatif lain...tetapi jika alternatif yang disediakan tidak berkualiti dan info yang disampaikan beberapa peratus sahaja berbanding yang satu pihak lagi adakah ini adil....saya memberi contoh...jalan raya, antara highway dan jalan biasa....jika jalan biasa ini urus selianya tidak bagus dengan keadaan jalan yang tidak selamat, berlubang sana-sini dan tiada lampu jalan, adakah adil jika pihak berwajib mengatakan pilihlaa jalan biasa kalau nak percuma...bukankah tangungjawab mereka menyediakan jalan yang lebih elok...rakyat bukannya meminta jalan yang luas...tapi cukup dengan urus selia yang baik dan rasa selamat bila digunakan...begitulah senarionya dalam hal yang kita bincangkan sekarang.

Oleh kerana itu, tak perlu rasanya kempen sebegini, kerana yang akan menanggung caj yang tertunggak adalah pelanggan ASTRO juga...cuba bayangkan jika ASTRO tidak melayan kempen ini...daripada hanya satu bulan dah jadi tiga bulan, belum termasuk cukai lagi....saya sarankan agar pelanggan ASTRO memboikot secara bijak dengan mengurangkan pakej yang ada...ambillah pakej basic dan tidak perlulah mengambil semua pakej terutamanya movie, kerana saya lihat pakej movie ini hanya membazirkan wang sahaja kerana kualiti cerita yang ditayangkan amat tidak bersesuaian dengan era sekarang...tayang cerita zaman tok-tok kita dahulu.....cuba bayangkan jika pelanggan ASTRO membatalkan pakej-pakej sampingan itu dalam masa 3 bulan....saya rasa situasi akan memihak kepada para pelanggan kerana disamping tidak rugi apa-apa tetapi dalam masa yang sama dapat memberi satu isyarat yang berkesan pada pihak ASTRO agar mengambil berat tentang tuntutan ini. Kepada pihak kerajaan, haruslah memainkan peranan yang lebih berkesan dengan menggunakan saluran perbincangan yang ada dan jika ianya terus buntu gunakan akta yang ada agar pelanggan merasai bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan mereka dan bukannya syarikat-syarikat besar yang sudah kita sedia maklum mengaut keuntungan berjuta-juta setahu,.

p/s terima kasih kerana membaca...ter emo sikit....huhuhuhu...ini hanya pandangan saya sahaja..lepas tamat bola hari tu saya guna plan basic jer....jadilah pengguna yang bijak ..:)

30 comments:

s u a r a h e a R t y said...

tanpa astro saya baik - baik saja :)
langgan astro beyond that day semata - mata nak layan korean movie kt channel 393 , la ni dh pandai layan korean movie secara online . . hehehehe. . .

harrazdani said...

suarahearty : sempat lagi promosi ch 393...huhu

safurara said...

alahai astro hidup ngn reality show nk cite yg diulang2 je.umah my mom dh potong dh astro.ok je.lexxx je.tv3 ag besh.

Unknown said...

betul bro...
jadilah pengguna bijak...jangan langgan pakej-pakej lain cukuplah sekadar pakej basic sebab Astro tak penaikkan harga untuk pakej basic...dan jikalau Astro penaik pula harga semua pakej termasuk pakej basic barulah kita bertindak...masa tu kita terus henti langganan...

Kalau setakat nak boikot 3 bulan lepas tu sambung balik lagi untung kepada Astro sebab pengguna akan dicaj yuran sambungan RM20...

kalau nak bertindak dengan sesuatu kita harus kena ada plan dan strategi...bukannya mengikut emosi yang akhirnya menyusahkan diri secara langsung atau tidak langsung...

wan_cikgumuzik said...

pendapat aku?? kompom2 aku akan boikot..!! hahahhaa.. nanti kalau dh sampai sms tuu, aku akan sebarkan isu boikot nih.. astro nih kena ajar sket... dah jadi mcm bangang dah....

Fathiah Hamim said...

heh i don't even watch Tv. kitorang nak terminate astro ari tuh, as usual, kontrak pa tah.
padahal dah 2 tahun lebeh.
astro is a true liar that wins actually.

Unknown said...

rumah jijah guna plan basic je. tv3 pon siaran dah ok sgt.. jadilah pengguna yg bijak..kalau boikot pon ramai juga susah kan..bertukar kpd plan basic lagi sng..kihkih

Jiejah Gorjes said...

sy bleh idup tanpa astro miahahaha hmmmm...tp mak sy memerlukan astro jadi terpaksa cut budget pas ni

Azzah said...

dah kena potong pun astro..

scya lollita said...

xtaw boleh hidup ke x . rasenye boleh . tp nt x dpt tgk oasis :(

syuxer said...

copa amerika boh, xleh nak tukar plan basic..:(..pagi tadi dapat notis yang dorang akan naikkan rm5 dari harga asal..cilakak betul asssssstro....

kotak bulat said...

er..hidup kb memang takde astro..hehe.. sebab astro ni rasanya mcm tak perlu je, kenpa org nak kena tgk astro? kb rasa mcm takde beza je.. :)

KhairulZamanKhobin said...

setuju!.... terbaik adalah kurangkan pakej!

: kecuaian dalam filem KARAK didedahkan, jangan baca kalau belum tonton!
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

Unknown said...

err..ta tao nak buang channel yg mane..adoii

Unknown said...

x mati pon kalo xde astro..uma yana xde pon astro2 neh..huhu

arituarini said...

cuak aku bro.btul cdangn bro tu.boikot dgn bijak...hidup macam timun dan durian..sekrang diaorg rasa diaorg durian..kita timun..trmasuk kerajaan yg bleh mngunakan akta pun jd timun..
boikot mcm ni tk menguntungkn org..ramai2 yg tkut..jd pada boikot kita rugi..baik boikot KEPALA yg mengawal dan perintah negara ni..

peNulis SeNjA said...

fuh .. header bru nampak .. huhuhu cun laaaaaaa

Wanie said...

tadi bil astro baru sampai..
siap ngan notis naik harga lagi..huhu

arituarini said...

bro..astro tk mengangu kenteraman awam pun..walaupn mnyusahkn dn mngugut pengguna.tu kerajaan tk guna kn akta tu...tp BERSIH mnyusahkn rakyat(konon2 la)tu awal2 lg dah guna akta..kih kih kih kih

Unknown said...

kt rimah ayie memang tidak ad astro sebb family mmg tidak melnggang..lagipon jrng sgt tgok tv..kal otgok pon channel indon...hoho

caliph shuriken said...

pakej movie tu dh lama x amik sbb mahal sgt.. skrg maintain yg paling basic jaa, huh...

RHI said...

kakak pun ada langgan astro, tapi basic je...bil pun cuma dlm rm30 lebih, jd kakak tak terasa terbeban dengan bil astro

liyana said...

ok jer kalu xda astro..
sbb xdela mnt tgk tv sgt,..hehe

Acik said...

huhuhuuuu ... apalah astro ni! x patut tol!

Anonymous said...

betui tu~~ kalau buat kempen jangan pulak sampai buat perhimpunan haram semata mata tentang astro. buatnye die xlayan? adehh

Niena Muhammad said...

kt sini lau xpasang astro nmpaknye xleh la nk tgk tv.. sbb suma pasang piring..

astro ni tah pape..dok tayang cite sama je

fardhilah said...

setuju dgn pendapat awak. klu boikot dgn xbyr bil. last² kita jg yg tunggung sendiri bil tu. klu nak boikot padan terus astro. hahahah.. xdpt tgk rancangan kegemaran. Saya pun nak buat mcm empunya entry ni tulis. kurangkan pakej. ambik pakej basic jer.. pakej bola boleh buang dah.. tgk kat kedai mamak jer..

mas saari said...

Mas pun nak kurangkan pakej...
hari tu langgan astro citra sbb nak tgk maharaja lawak..skrg dah stop dah! l

Unknown said...

klu plg umh je lyn astro...time stdy, x dpt nak lyn2 astro nie..hehe busy...hehe

Lynn Matata said...

serius bosan gle xde astro :( xkisahlah rancangan die slalu ulang2 sbb kdg2 kte xdpt tgk on time. so kalau xsmpt tgk,blh la tgk lagi :)