Wednesday, June 1, 2011

Kapten Wajdi




Semalam saya bertolak dari Kuching ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat (Malaysia Hospitality) MH2505, perasan tak kalau AirAsia AK. ada orang kata AK tu...  stand for Ananda Krisnan, betul ke tak saya tak pasti,  tapi ia telah di nafikan oleh pihak AirAsia (just for sharing).

Semasa di balai menunggu kelihatan orang - orang tempatan bersama-sama famili sedang duduk menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur, mengapa saya katakan mereka orang tempatan kerana kita kadang-kadang boleh membezakan rupa paras seseorng individu mengikut negerinya, di Sarawak rupa paras penduduknya lebih ke arah kecinaan sedikit. Saya sempat menegur salah seorang daripada mereka, rupa-rupanya mereka sekeluarga ingin ke Kuala Lumpur sempena cuti sambutan gawai yang diraikan mereka, kira cuti-cuti malaysia la...'gaya guru gerai nyamai untuk mereka'.

Tepat jam 7.15 para penumpang dipanggil untuk masuk ke pesawat bagi memulakan perjalanan, saya masuk antara yang last skali sebab memang menjadi kebiasaan akan masuk last sebab tak nak berdiri lama beratur, duduk tengok dah sikit baru bangun betul tak.  Dah siap duduk dalam pesawat pramugari macam biasa membuat rutin kerjanya, dan selepas itu pengumuman oleh kapten kapal, mengalu-alukan kehadiran saya dan penumpang-penumpang lain di dalam pesawat tersebut dan beliau memaklumkan penerbangan ini akan mengambil masa selama 2 jam 15 minit dan insyaallah akan tiba seperti yang dijadualkan. apabila saya mendengar ungkapan insyaallah itu, datang perasaan betapa kita ini kecil dan setiap yang berlaku adalah ketetapannya. saya benar-benar respect pilot seperti ini...beliau ialah Kapten Wajdi.

Selepas sejam mengharungi satu perjalanan yang sangat selesa walaupun keadaan cuaca yang tidak berapa baik, sekali lagi Kapten Wajdi mengumumkan pesawat berada 34000 kaki dari paras laut. dan beliau mengumumkan pesawat  insyaallah mendarat di KLIA pada jam 0906 minit pagi. Saya terus membelek boarding pass...tercatat disitu ETA (estimated time arrival) jam 0910, bermakna cepat 4 minit dari masa yang dijangka tiba di Kuala Lumpur.  Saya dari awal lagi sudah teruja dengan kapten Wajdi ini, dan sekaligus menarik perhatian saya untuk terus mengamati waktu ketibaan nanti seperti yang diumumkan oleh beliau tadi pada jam 0906.

Tepat jam 0850 saya dapat merasakan pesawat telah turun lebih rendah berbanding sebelum ini, dan isyarat pemakaian tali pinggang dikeluarkan, yang jelas apa yang dijangkakan oleh Kapten Wajdi seakan-akan tepat dan menjadi kenyataan. Saya mengikuti setiap detik-detik tersebut...dan akhirnya tepat jam 0906 tayar pesawat benar-benar mencecah landasan KLIA...subhanallah. melihat jam di tangan memang tepat 0906 hrs...Pada jam 1010 saya meneruskan lagi perjalanan  ke Kota Bharu dan tiada lagi perbezaannya seperti penerbangan-penerbangan lain yang saya naiki sebelum ini walaupun dari syarikat yang sama.

Di sini satu pengajaran yang boleh kita kongsi bersama iaitu jika setiap apa yang kita lakukan apabila kita menyerahkan diri kepada allah dan mohon agar tidak menyerahkan segala urusan kepada diri kita walaupun sekelip mata...insyaalah setiap apa yang kita lakukan akan mendapat hidayah dan sentiasa di bawah lindungannya. ingatlah sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah yang tak seberapa ini.;-)

p/s semoga akan bersua lagi dengan Kapten Wajdi....INSYAALLAH..

6 comments:

Unknown said...

Syabas dan tahniah kepada Kapten Wajdi ni...susah nak cari pilot muslim mcm ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt jarang kapten sebut mcm tu..

bertuah!!

pnh sy nek pon,just ucap bese2 je gtau..

moge2 kapten spt itu ader lbh byk lg..

Encik Suami said...

Pilot terlatih..begitulah kan?
Sungguh berbudi bahasa. KIPIDAP ye kapted WAJDI.

Anonymous said...

dia ada facebook tak hehehehe

Anonymous said...

estimated landing dia tepat eh

camana ler org blh ukur kelajuan, jarak n masa supaya tepat yer

jokergurl said...

salam tgk entry baru ni,best....from bloglist jokergurl