Monday, July 25, 2011

Tinta hikmah#5 | ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tinta hikmah kembali lagi, huhu  macam rancangan kanak-kanak pulak kan..kembali-kembali bagai..Tinta hikmah ini adalah hasil perkongsian kawan seperjuangan aku dan orangnya hensem kacak bergaya, walaupun dia maidaribendang jangan ingat beliau lekeh, bagi aku beliau adalah seorang komentator yang hebat, sentiasa hadir dengan komen-komen yang bernas dan membina. Nak kenal beliau jom turun bendang dulu. Beliau kongsikan tinta hikmah seperti di bawah :-

"ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia"- imam al-ghazali

Adakah kita termasuk mana-mana dari kumpulan di atas, ada ilmu tapi tak beramal atau ilmu takder tapi beramal bagai nak rak, atau aku tambah tanpa ilmu dan tanpa amal. Kalau ikutkan yang ketiga tu macam parah sangat kan...tanpa ilmu dan tanpa amal....tetapi bagi aku yang paling teruk ialah ada ilmu tapi tak beramal. Pasal mereka yang ada ilmu tapi tak nak amal ni aku bawa contoh yang paling simple laa, tahu tentang dosa tak tutup aurat tapi masih lagi bukak..kalau kita tanya mereka ini yang beragama islam, apa hukumnya tidak menutup aurat  99% aku yakin jawapannya ialah berdosa..Tetapi apa alasan mereka !!!  itu hak masing-masing. Adakah melanggar perintah allah itu adalah hak seorang muslim..aku tak mahu komen panjang pasal ni sebab kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukum, tetapi ingat, allah menurunkan al-quran yang telah memberi garis panduan tentang apa yang boleh dan tidak untuk manusia jadikan panduan,, jangan double standard dalam hal ini. Aku bukannya hebat sangat dalam ilmu agama ni..tapi  setakat ini Insyallah aku boleh membezakan  lagi yang mana halal dan yang mana haram.

Selain daripada itu ada juga mereka yang tergolong dari mereka yang beramal tapi tanpa ilmu, orang kata ikut buta. kalau orang tanya kau buat ni sebab apa ? mana dalilnya?,  aku ikut orang jer, tengok ramai orang buat aku buat lah... bagi aku sekarang ini banyak daripada kita tergolong dari golongan ini.  kalau kita bukan seorang mekanik, tak payah laa kita pandai-pandai membaiki kereta atau motor yang rosak, ada juga yang berjaya tetapi lebih ramai yang gagal  dan sia-sia..last-last tarik pergi kedai jugak. Aku pernah cuba baiki  radio, dari asalnya hanya tak keluar suara langsung tak boleh "ON" hahah. Tak salah kita beramal hanya dengan mengikut orang lain asalkan apa yang kita buat tu betul disisi agama, Tetapi perlu disertai usaha untuk mencari dan mempelajari mengapa begitu dan begini apa yang kita amalkan tu. banyak buku dan ustaz-ustaz yang boleh kita tanya, kalau malu search jer interne,t tapi maklumat di internet ni kena tapis juga ..jangan main terima jer sebab ada yang tak betul jugak.

Kesimpulannya, kalau ada ilmu tu, (ilmu yang bermanfaat) amalkanlah.. mudah-mudahah selain diri sendiri orang lain pun  boleh dapat faedahnya. Dan kalu nak amal dan nak buat sesuatu, hendaklah kita mengkaji dan mempelajarinya terlebih dahulu sebelum lakukannya agar ianya tidak sia-sia.

p/s ini hanya pendapat peribadi aku, kalau yang sentap aku minta maaf , tiada niat ingin menyindir sesiapa.

7 comments:

Fathiah Hamim said...

hehe kalo kita praktik apa yang kita tau kan lagi best. pastu bila kita share dengan orang, lagi puas.

Unknown said...

salam bro....siapalah jejaka yang 'maidaribendang' tu...hahaha...

aku suka baca ulasan bro mengenai petikan kata imam al-ghazali ini... dan sememangnya ulasan itu amat tepat sekali dengan kehidupan kita hari ini...

sesebuah ilmu yang baik kalau dimanfaatkan ibarat sepohon padi yang ada padanya tujuh tangkai dan setiap dari tangkai itu pula menghasilkan berpuluh-puluh biji padi...begitulah boleh diperumpamakan sesebuah ilmu itu apabila kita memanfaatkannya dengan mengamalkan dan menyebarkannya (mengajar orang)...

terima kasih...

Unknown said...

kalo kita ad ilmu tetapi tidak mahu kongsi tidak guna juga bro sebb ilmu itu perlu dikongsi untuk kebaikan bersama.. kang kalo kita ad ilmu and tdk sampaikan..sedngkn kita thu orang itu salah melkukan perkara, kita dpt dosa juga kerana tidak mahu berithu yg sbnr..huhu

caliph shuriken said...

sy nk blajar lebih byk ilmu ^^

iKhRam said...

ilmu dan amal saing berkait..
ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah..

betul tak cik haraazdani?

Unknown said...

Yes org Kulim !

Unknown said...

lebih baik tidak tahu drpd tahu tetapi tidak menyebarkan nya..