Thursday, July 7, 2011

masa semakin suntuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera, "demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"....surah al 'asr (masa). ayat 1-3.  tiga ayat yang diturunkan di Mekah...kata ustaz saya dahulu...kalau ayat itu diturunkan di Mekah ianya dipanggil ayat makkiyyah dan jika ia diturunkan di Madinah ia dipanggil ayat Madaniyyah. Apa bezanya kedua-dua ayat tersebut ? dalam surah Makkiyyah lebih menekankan tentang akidah dan keimanan manakala ayat Madaniyyah pula lebih banyak dibahaskan tentang hukum hakam. Perbezaannya ada banyak lagi sebenarnya tetapi saya bawakan yang paling basic yang perlu kita tahu...sebagai seorang islam.

Berbalik pada isu masa tadi...Ada orang kata alaaa...umur aku baru 20...nanti 40 aku taubat laaa...alah aku masih muda...enjoy dulu dan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan oleh mereka yang kononnya umur mereka masih panjang, tetapi sebenarnya mereka lupa ketentuan umur itu adalah hak allah....tiada tarikh luput tertentu yang ditetapkan olehNYA...kawan saya baru sahaja meninggal dunia dua tiga hari yang lalu...umurnya baru mencapai 28 tahun...sangat muda dan kalau ikutkan masih terlalu awal bukan?...begitulah kita yang sentiasa terpedaya dengan masa sehingga kadang-kadang kita lalai malaikat izrail sentiasa memerhatikan gerak geri kita setiap hari.

p/s Al-fatihah kepada arwah Muhammad Khairul Azli...segala jasamu akan ku kenang selamanya.

20 comments:

syuxer said...

al-fatihah kepada sahabat bro..

ziana said...

Rasa Insaf dalam diri..Hu.hu.masa semakin suntukkkk..ntah apa jer bekalan yg blh dibawa

Unknown said...

Al-fatihah...ironinya , nama sama dengan nama arwah adik aku...cuma adik aku meninggal ketika berumur 21 tahun...

AbgferOz said...

al-fatihahh....semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Terbelog said...

Alfatihah
ada jugak kwn aku meninggal muda
bila baca ni teringat balik

Mr Labu said...

takziah pada keluarga kwn bro... sy pon kehilangan kwn baik tahun lepas pada umur 22 tahun...

Tinta Lana said...

Al-Fatihah..takpa dani..tak lama lagi kita semua juga akan menyusul arwah kan :) berkenaan usia muda atau tua, iya, panggilan maut tak kenal usia..apa yang diharapkan, kalau dah tiba masa, muga2 Allah mudahkan pemergian kita. Selalu dalam doa, lana minta janganlah pengakhiran lana dalam keadaan azab..takut T___T

dani: Abg sepupu lana, baru masuk CCU siang tadi..takda sakit apa sblm ni..tiba2 pengsan dan terus koma shingga saat ini..innalillah..

Addin said...

bila ajal tiba , tak kira tua atau muda.

Al-Fatihah..

kiz said...

ajal maut ketentuan Allah..tak kira usia..tua ..muda..dan datangnya tak dicepatkan mahupun di lambatkan walau sesaat pun..sampai masa..kita akan pergi. Al-fatihah

Ezad Skytech said...

takziah buat keluarga arwah...
Al-Fatihah...

Anonymous said...

takziah

Fathiah Hamim said...

ajal tak mengenal umur. al-fatihah buat arwah.

kotak bulat said...

al-fatihah untuk arwah..
kdg2 kita terleka dgn nikmat dunia, sehingga lupa tentang kematian, sehinggalah bila kematian tu menghampiri kita, baru terasa kerugian... :(

Unknown said...

kita tidak dapat mengukur umur seseorng kerana umur itu adlh ketentuan Allah...semoga rohnye dicucuri rahmat...

btw, kawan ayie ad seorang yg dh meninggl juga mase umur 20 tahun.. amat tragis di meninggl sebb dia meninggal jatuh motor dan dipangkuan adik ayie yg no.2..

Unknown said...

al fatihah..err..adoii terase nih..errmm..betol tuh mati ta kenal usie..

Cik Asma BLuppy said...

semoga roh nye dicucuri rahmat=)

arituarini said...

al fatihah.. smoga rohnya dicucuri rahmat..

RHI said...

Al-fatihah....buat sahabat Dani

betulkan, masa tak menunggu kita, maut bila2 masa akan datang menjemput kita, tak kira waktu dan ketikakan. kalau kita belum bersedia, siapa yg rugi? semoga kita tak menjadi orang yang lalai

nuyui a.k.a miss YUI said...

al fatihah utk arwah..

kt sndiri xjgka bila tiba masa kt..

mc sy~

Afikah Aziz said...

al fatihah utk arwah

semakin bertambah umur semakin dekat dengan kematian..semoga kita sentiasa meng'renew' diri kita ke arah kebaikan insyaAllah