Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

34 comments:
huh...aku tak cukup umur lagi nak terlibat semua nie..heheeh
~takutttt~
dalam berita pun dah heboh hal ni.peniaga kat sekitar tempat perhimpunan tu dah nak tutup awal waktu niaga nanti.boleh ke sesiapa jamin perhimpunan tu akan aman?peniaga2 tu dah ada pengalaman buruk..
macam ada org siapkan ni teks ni..bila kerajaan rasa mcm tk leh nk kawal trpkasa guna ni..
azzah awk pniaga kat situ ke..dengar berita tk yah la...
kenapa tk de jaminan lak..ambiga dah mintk polis jd pelindung kepada demonstrasi tu.. untuk mengawal..dari jalan sampai ke istana.. yg buat kecoh bila polis dan fru yg menghuraikn demonstrasi...
pasar malam ada kecoh ke klau ramai org..tp bila sekor lembu gila masuk dlm pasar malam tu jd kecoh tk? fikir2 la..
aku cuma ada 1 undi..undi time cerita..
untuk arul:saya cuma bagi pendapat je sikit..tak suka bab politik pun..lagipun saya jauh...:P
aku sokong BERSIH 2.0...coz aku mahukan pembaharuan..aku harap2 xde siapa2 yang cuba provok perhimpunan neh nanti..kalau berjalan lancar, sekejap je perhimpunan neh..
duduk umah, tdo.. lagi bagus dari dok pi berimpun ramai2 tuhh.. ZZZzzzZZZzzzzZZZzzz... daulat tuanku..!!
ape kesimpulan titah ni?huhu
tak paham lak bahasa istana..hehe
kite tuanku pun benarkan ke?
Setuju dengan Wani. Teks ni tak de pulak cakap MENGHARAMKAN atau MEMBENARKAN...
so fikirkanlah ;)
kerdildesa.blogspot.com
Tuanku,nnti 7hb cik suha dh nk balek teganu (^_^)
walo apepon,harap semuanya aman
Jangan jadi mcm kt Mesir tu dah la .. huhu .. huru hara kucar kacir ..
dri apa aku paham..boleh..tp jgn ikut mcm luar negara tk tentu arah.rosakn apa yg ada.kena jg keharmonian org lain mksudny yg berniaga tu atau sesiapa yg tk trlibat..bersih hanya berjalan.dan ada yg bawak keluarga dtg..sbb itu bukn pesta utk membaling2..diaorg hnya berjalan...
cuma nmpak truk bila media2 menyemai persepsi buruk..
mengapa tkut pd bersih..sbb kerajaan tau rakyat akan turun beramai2 klau diaorg fikir sikit je..kerajaan tk heran pun..tu yg buat diaorg risau..bukn risau tu pasal tkut rakyat mnjahanmkan kedai2 tu..tp risau sbab kemaraan rakyat.penyatuan rakyat meminta pilihanraya adil.tu je..
demonstrasi pemuda umno buat kat penang lg teruk.. kat depan bngunan PKR lg mnjahanamkn.smpai nk bakar lg..tv3 sndiri siarkn betapa truknye perhimpunan kt penang tu..sampai tv3 ckp takut nnt perhimpunan bersih akan jd mcm tu..maknanya memang truk la pmuda umno buat..tp apa polis buat masa tu..ada tngkapn ke..ada fru sembur air tk..tk de pun..
setuju dgn Yang Di-pertuan Agong..
ayie kureng pada politik nie bt bagi ayie kita sbgai rakyat ad hak untuk bersuara...
kalau hal politik tak nak masuk campurlah
hoho...ampun tuanku..:):)
tak la nak campur bende2 politik ni, tapi ikut jugak sbg rakyat yg dok bernaung di Malaysia... pening nak mikior..
hmm...
rase2 awal2 dulu da sure nk anjur perhimpunan aman.. bukan nye nk berdemonstrasi nk guling kerajaan... kalo nk guling kerajaan, mcm mesir, libya, tunisia nu.. bawak snapang, bawak pape bedil lg..
ni cume perhimpunan pakai baju kuning..
pihak mane lak yg cakap nk mengganaz neh..
kaloo perhimpunan aman pon da takot, jgn bagi rakyat bangkit jd mcm negara2 arab nu..
hooo
ugut neh
harap takde yg buruk2 berlaku...x sker la ada rush2 nt..sampai nk pakai baju kuning pun tak bleh huh! bkn ada kaitan pun dah baju baru aku kala kuning heiii geram ajerk!!!
bui memang tak minat unsur2 politik ni..x ku eran (bak kata urang Sarawak)..tp hrp2 takder apa2 yg buruk berlaku..nnt nama baik Malaysia tercemar pulak kat mata masyarakat luar..
xnak ambil port~ tapi bila terfikir ttg negara, kalau lah jadi mcm negara² lain. rusuh sana-sini, mayat bergelimpangan, tumpah darah sana-sini. tak dpt tidur jadinye.. takuuuttttt... wahai umat islam bersatu-padu lah membina empayar. kan lg elok!
tak suka politik... aku memang benci politik... tak suka politik yang sekarang ni...
ishk politik xnk la masuk campur. bhya.. :)
erk , tak minat nak amek port haha . blom ckop umoqq
da bce...em, kb nk tgu dan lihat je, mcm mne nnti leps perhimpunan tu..
aku sokong Agong.. kita kena bersift sederhana..tapi tak jelas boleh ke tak bolh ni berhimpun..
aku tak sokong BERSIH dan tak jugk sokong kerajaan..tapi apa salahnya bagi jak permit perhimpunan tu..
yg berhimpun buat elok2, tak de nak merusuh bagai..kan senang..
agak2 berkesan tak titah neh
memanh topik nie dh jadi hot gilerr ni..harap2 event tu x jadi n smaken rmai yg tarek diri..erm
agung dah bersuara tp xtaula ap jd pasni kan..
Daulat Tuanku!!!...
Semoga kita renung2kan apa yang telah baginda titahkan...beralas dan berlapik titah ini ditujukan kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat demi kesejahteraan dan keamanan negara...
Rasa-rasa aku inilah kali pertama titah khas dikeluarkan oleh SPB YDP Agung yang menyentuh isu terkini tanahair sejak 1969.
Apa-apapun nasihat baginda haruslah dihormati oleh semua pihak.
Ingatlah baginda adalah kuasa tertinggi negara walaupun pada mata kasarnya Perdana Menterilah yang mengetuai kerajaan , tetapi jika tidak dapat perkenan dari tuanku banyak perkara yang tidak boleh di buat oleh PM.
Belajar dari sejarah.
Wallahu'alam...
Allah knows best wat actualy hapen in tis country.. =)
haha kat u dah ada notis dilarang join ! ;p
stop la buat perhimpunan2 haram ni . nak jadi mcm palestin ke ??
Post a Comment