Assalamualaikum dan salam sejahtera...selepas drama Nurkasih ditayangkan tidak berapa lama dahulu dan telah menjadi satu fenomena di Malaysia pada ketika itu, kini muncul satu lagi drama yang bagi saya tidak kurang hebatnya...tahajjud cinta, belum tgk lagiii tapi tengok kepada tajuk tu macam gempak jer..drama ini bagi saya satu drama yang berkisar tentang agama dan kasih sayang...drama yang mengisahkan seorang alim bernama ustaz shauki sebagai seorang yang dilihat alim dan begitu kuat pegangan agamanya, tetapi disebalik kealimannya dia sebenarnya menggunakan agama untuk memperdaya dan membuatkan wanita mudah tunduk kepadanya.
Mungkin ada pihak yang mendakwa drama tersebut adalah sebuah drama yang menentang konsep poligami dalam masyarakat pada hari ini, tetapi dari sudut pandang pengarahnya beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Bagi beliau apa yang ingin disampaikan dalam drama tersebut adalah berkisar tentang penonjolan cerita tentang seorang individu yang cuba memanipulasi hukum islam untuk kepentingan peribadinya.
Drama yang hanya 13 episod ini akan mememui penonton dalam ruangan zehra jam 9.00 malam ini...jadi sama-samalah kita saksikan drama ini kerana mungkin ada pegajaran dan ilmu yang boleh kita ambil dari drama-drama sebegini. Dan saya merasakan drama ini akan sedikit menimbulkan kontroversi...
18 comments:
kena tgk ni...menarik...
tq ingatkan cf..kalo x td dh plan nak bmerewang2 kat luar..hehehe
ayie rase cerita nie bnyk memberi manfaat yer juga kpada pelkon yer sebb tadi pagi dekat MHI fazura selku plkon utama kate incya-ALlah dia dlm proses untuk bertudung juga
jom2...kite tengok reramai malam nie...:D
ohh tak nengok tv pulok.
betol2.....
citer ni mcm best :D
aku tak tengok siri-siri drama ni kat TV...jadi aku tak boleh nak komen banyak2 le...hehe
tapi aku suka drama yang mempunyai mesej yang menginsafkan dari mesej cinta dan orang kaya...tapi itulah dah jadi mcm tipikal untuk orang kita suka drama2 mcm ni...
sama la kite chikeril saya kureng tgk drama bersiri di tv :(
nk tengok jugaklah nnt..lgpun bui suka tengok lakonan fazura..mesti gojes dia pakai tudung..*_*
tk mint cite ni..nur kasih pun tk layan dulu.. tgok la mcm mana..klau kesempatan..bleh la gk tgok2..kih kih kih
fenomena yang sangat positif dalam industri filem masa kini... sangat menyokong drama2 yang mcm nih..
td tgk cite papadom aku nangis plak.... hahahhaaa
Sy pn merasakan juga spt yg sdemikian . Em pape pn juz open-minded lah ye whai rakyat Malaysia . huhu
tadi sy tengok kat kedai makan..
macam tak best je..huhu
tapi takde la nak timbulkan kontroversi pape..just pandangan je..hehe
tp oke la cerita yg ada kesedaran tntg agama kan.. ^ ^
x tgk pun..haha...
tengok iklan pon da bez..tp xpat nak layan coz keje..huhu
citer ni best ! hehe :)
ada tgk skali imbas mlm tu.. apasal sorang plakon tu pakai cincin kt jari telunjuk? xbole ooo, huh...
Post a Comment