sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, adakah kita ini seorang yang taksub...apa makna taksub yer...kamus pun tak ada ni tapi bagi saya taksub ialah satu sikap di mana seseorang itu tidak boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain kerana terlalu percaya atau menyokong sesuatu pihak . Taksub juga boleh dikategorikan sebagai fanatik atau ultras......tetapi jika digunakan perkataan taksub ini sering kali disalah ertikan..mengapa saya berkata sedemikian kerana ramai orang menganggap perkataan taksub ini adalah menjurus kepada sesuatu perangai atau perbuatan yang negatif...tetapi sebaliknya, taksub juga kadang kala kita boleh ertikan ia dalam beberapa perkara yang baik dan berfaedah ..tetapi jika kita taksub, pada saya ia lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan sebenarnya.
Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi seorang insan yang adil dan baik kepada sesuatu hakikat untuk maju kehadapan jika kita bersikap jumud dan menutup pemikiran kita dari mendengar dalil-dalil kebenaran dan sesuatu fakta disebabkan ketaksuban yang pekat dan kelat pada sesuatu sentimen...Saya teringat kepada sebuah buku yang saya baca ...tajuknya biografi Muhammad Bin Abdullah yang mengisahkan perjalanan hidup junjungan besar kita nabi Muhammad SAW...orang-orang kafir Quraisy dan Yahudi, bukan tidak mahu beriman kepada Rasullullah SAW, dengan adanya bukti-bukti yang nyata tentang kenabian Rasullullah tetapi mereka tetap tidak mahu beriman...kerana apa ??? kerana sifat taksub dan fanatik pada agama nenek moyang dan sikap ultras perkauman yang amat menebal dikalangan mereka.
Kita hari ini pun kebanyakannya taksub atau fanatik sehingga enggan mendengar pendapat orang lain meskipun pihak yang lain membawa bukti dan fakta yang kukuh untuk kebaikan bersama... Kesimpulannya, sikap taksub, fanatik atau ultras ini lebih banyak membawa keburukan kepada kebaikan. Bersederhanalah kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan, dan berlapang dadalah untuk menerima kritikan dan pandangan pihak lain kerana sikap kesederhanaan dan berlapang dada itu amat terpuji disisi islam..anda pula bagaimana ? jika tidak taksub kepada perkara lain mungkin kita taksub kepada dunia blog ini....yang saya boleh kategorikan sebagai fanatik blog...
11 comments:
kalau taksub xbrtmpt pon leh jd masalh gak..
berkesederhanaan (wasathiah) dalam semua perkara adalah lebih baik dari taksub...
saya setuju ngan kata2 bro kharil..:)
besederhana dalam apa jua hal..n aku fanatik man utd tau ahahaha..;p..
betul2. bersederhanalah.
btul bro.. aku taksub nak pergi london ni..nk tgok chelsea secara live kat stmfd brght..kih kih kih
saye pun fanatik belog !!siang mlm pagi petang..heee
isu taksub ni wat sy tersengeh terkenang kan zaman taksub dolu2 huhuhu
btul tu en dani..skung ni orng terlalu fanatik sehingga sanggup nak bermusuh sesama bangsa sendiri..apa kes..
janganla terlalu taksub..sebab?pemikiran ortodoks akan mudah menguasai diri jika tnpa belajar contoh2 dunia lain.. ;)
klau dh taksub ni mmg susah nk bwak berbincang...
latest en3: wordless wednesday: impian
Taksub atau terlalu asyik melakukan sesuatu tanpa pedulikan keadaan sekeliling.......:) itulah maksud taksub yg dapat Nur fahami.
Post a Comment