Sunday, July 10, 2011

“Tolong jaga mata saya baik-baik…”


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pagi minggu ni kebanyakan daripada kita tidak suka perkara-perkara yang memening dan memenatkan minda untuk berfikir...perhimpunan BERSIH 2.0 pun dah berlalu dengan aman dan terkawal walaupun ada beberapa pemimpin dan orang awam yang ditangkap...mungkin bagi mereka itu adalah harga sebuah pengorbanan untuk membawa Malaysia ke arah  sebuah negara yang lebih adil dan bersih..Panjang pula mukaddimahnya...cerita ni saya telah bawakannya dahulu tetapi ingin berkongsi lagi sekali kerana isinya amat terkesan walaupun ceritanya adalah pendek dan simple...jom layan.

Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata.“Tolong jaga mata saya baik-baik…” Moralnya, jangan kita lupa diri dan lupa asal usul apabila kita sudah senang dan beharta, kerana sikap sedemikian lama-kelamaan akan membinasakan diri kita. 

20 comments:

Anonymous said...

kekasih nye buta sbb derma kan mata nye kpd pompuan itu kan???

*sedeh* T_T

syiela said...

Sedih.. sanggup berkorban demi yg tersayang

Anonymous said...

sedih:(

Unknown said...

betol tu bro..kita kena ingt asal usl kita dan aa yg telah kita janjikan.. tidak guna bermegah dengan apa yg kita perolehi kerana ianya adlh hak Allah..

Tyntha Lana said...

Dani..dah pernah baca..kisah ni memang menyedihkan..banyak iktibar boleh diambil..pengorbanan, ketulusan,keikhlasan..

Unknown said...

insyallah masih bpijak di bumi yg nyata.

kiz said...

dimana bumi di pijak di situ langit di junjung..cerita yang menarik bro..suka..ada pengajaran.

arituarini said...

tujuh puluh tiga pintu ..
tujuh puluh tiga jalan..
yang sampai hanya satu jalan..


Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

syuxer said...

citer sedih dan penuh pengajaran..

pengorbanan yang cukup besar sampai laki tuh dah buktikan cintanya sejati pada wanita itu..

Karya Hati said...

allahuakbar, mudah lupa dengan nikmat sementara allah beri..bersyukur dengan apa yang allah dah bagi kat cha :)

Unknown said...

adoii..gile kesian..ermm

kotak bulat said...

emm.. sedih pulak rasa bila baca..
T_T
kekasih dia berkorban sia2 je.. sb pompuan tu tak hargai dia.. :(

caliph shuriken said...

yer btul.. jgn lupa diri & asal usul bila dh dapat nikmat dunia yg melimpah ruah...

Anonymous said...

sedih.
moga Allah menjaga hati kita :)

Wanie said...

huhuhu..sedihnye..

meremang bace cite ni..

Unknown said...

sedih dan terkesan le dengan cerita ni...huhu

Niena Muhammad said...

cerita ni mmg sedih

tahniah jdi blog pilihan BA :D

Alif Haris said...

klu pmpuan tu pergi gak last2 memang xde hati la pmpuan tu .. T.T

Afikah Aziz said...

terima kasih akhi sbb sudi berkongsi cerita sedih ni...bermakna dan byk pengajaran..semoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dgn apa yg ada :)

Terbelog said...

itulah manusia..
senang masa senang
susah..lantak kau la