Friday, July 29, 2011

" WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? | SEGMEN CIKGU WAN"

nak join klik SINI
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. buat julung kalinya aku join segmen yang dianjurkan oleh wancikgumuzik dalam segmen ni beliau menimbulkan persoalan "wajib ker reply semua komen ???.. "perlukah kita reply komen di ruangan komen setiap entry?". kalau aku kata TIDAK mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana ianya mungkin menampakkan aku tidak membaca komen-komen tersebut, hujah pertama mengapa aku kata sedemikian ialah  adakah mereka yang memberi komen akan datang balik melihat jawapan mereka?. dan yang kedua, adakah komen balas yang aku berikan akan menarik minat orang lain untuk turut serta memberi komen. Dulupun  aku selalu reply komen, tetapi sekarang aku rasa dah tak perlu.
 
Bagi aku mereka yang datang balik melihat komen mereka dibalas ialah 0.001 peratus, itu pun kalau komen yang bernas dan lebih mengupas topik yang diperbincangkan, tapi kalau setakat komen yang diberi macam  "nice enty" " nice info" "gud sharing" dan " :) " ...korang fikir ada ker korang akan datang balik tengok aku balas apa dengan komen tu...tak perlu laaa buang masa aku nak balas komen-komen macam ni..korang pun tak perlu bersusah payah datang check yer...memang aku takkan balas.

Aku tidak perlu rasanya reply setiap komen yang diberikan melainkan persoalan yang ditimbulkan benar-benar memerlukan jawapan daripada aku sebab kebarangkalian blogger yang komen tu akan kembali  dan ingin melihat jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

Namun demikian  bukan bermakna aku tidak reply komen tersebut aku  ni jenis yang tidak menghargai sesuatu komen yang diberikan. Bagi aku cara untuk  lebih menghargai blogger yang memberi komen tersebut dengan cara blogwalking balik ke blog beliau dan baca entry terbaru di blog tersebut. Sebaiknya berilah sedikit komen pada entry tersebut, aku rasa ini paling bagus kerana setiap komen yang diberikan bagi aku merupakan tahap nilai dan respon pembaca ke atas sesuatu entry yang aku tulis. 

Ini sekadar pendapat sahaja, mungkin mereka yang komen di entrynya banyak, tak sanggup nak blogwalking balik ke semua blog yang bagi komen, kalau aku boleh la kot sebab komen pun tak lebih sepuluh..heheh. apapun bergantung kepada diri masing-masing lah yer. aku rasa aku dah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh cikguwan... " WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? | SEGMEN CIKGU WAN"

20 comments:

nurshaf said...

yang komen 2 3 patah perkataan tu namenye komen selamat,

sebenarnye tak baca pon entry tu sebetul2 nya, yg penting, komen, tuan blogger tu mesti akan balas balik lah, tak pon singgah balik blog kita..

takpun, entry kita terlalu hebat sampai speechless jadinya

wan_cikgumuzik said...

thanks sbb sudi join segmen aku... aku sangat hargainya.. apa2 pun kita ada pendapat dan pendirian masing2.. Bagus hujahan hang.. Thanks jugak sbb berkongsi pendapat..

Harap pendapat nih akan digunapakai oleh mereka uang selalu dok kata WAJIB REPLY KOMEN tuhh.. Harap mereka faham kenape kita tak reply semua komen..

thanks again..

Etong said...

yupp. memang perasan juga ramai yg dtg sekadar memberi komen, n terus x dtg lg.
mungkin juga komen yg dikatakan komen selamat tu xda apa untuk d jawab.
mungkin cukup sekadar ucap terima kasih kepada org yg komen, tanda kita acknowledge kehadiran dorang kan. :)

Wanie said...

tak wajib ! tapi kalau nak reply sume komen2 tu tak salah..

kalau komen yang perlukan jawapan WAJIB la reply..tuan yg bertanya mesti nak tau jawapan die..tapi kalau tak nak reply kat komen, boleh reply kat shout org yg bertanya tu..:)

Nilam suhana said...

betul tuh... pendapat kita ada gak yang sama... kadang2 kita tak perlu reply komen yang diberi.. dan kalau berkunjung balas baca n komen entry diorang tu pilihan yang lebih baik..:)

blog-tips-kurus said...

SETUJU! SETUJU! frankly saya akan balas semua sebab tak banyak mana pun.. sebolehnya, saya bls juga di SB atau selitkan pada komen entry mereka. sekian, tq! :-)

arituarini said...

ikut keadaan..bila komen tu menimbulkn persoalan aku akan balas..kih kih kih

Afikah Aziz said...

ika bls je tp sejak akhir2 ni rasa mls haha xbek sungguh sifat malas ini...ape pun ika jenis suke tinggal komen lps tu dtg balik tgk org reply ape hehe :p

Hana Foswana said...

betul jugak pendapat awk tu..sy dulu pon mcm awk jugak..malas balas komen sbb tak semua akan nengok balik apa yang kita reply..tapi bila sy fikir kembali, orang lain yang singgah blog kita mungkin akan semangat beri komen bila tengok kita rajin respon komen org lain..tapi tu pendapat memasing kan? tak kisah la..btw, slmat berblogging ya! :)

Unknown said...

bui pulak akan komen mengikut kesesuaian..kalau rs patut balas,bui akan balas,kalau x bui akan biarkan jer...*_*

RHI said...

Aku tidak perlu rasanya reply setiap komen yang diberikan melainkan persoalan yang ditimbulkan benar-benar memerlukan jawapan daripada aku sebab kebarangkalian blogger yang komen tu akan kembali dan ingin melihat jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

Kakak pun sependapat dengan yg diatas..

ieza ashaari said...

betul tue..

klu kita balas komen sush juga dorg nak detect sebab dorg mesti jln byk blog..

better nyer, pergi blog dorg, jwb soalan dorg kt entry dorg.

Fathiah Hamim said...

betul3. bergantung pada komen yang diberi. kalo berbentuk soalan, haruslah reply.

Abu Bagi said...

setuju dgn pendapat en dani.. tp kalau ada masa free aku replay jak hahaha..

aku cenderung kepada mambalas kunjungan dan bagi komen kat blog diorang...:D

Anonymous said...

time saya dulu2 berblog..mesti berbalas dan datang balik bace komen tu. komen tulih sampai 10 komen tp yg mengemon nye 1 org jer campor penulis blog tu jadi 2 org maka ada sesi berbalas di situ. syiokkkk.. tp skang blogger bz sbb byk blog dorg nak kena blogwalking kan so tak tersempat nak patah balik tgk komen dia kt blog org lain. lupa pun ada gak. so bergantung pada individu la. mcm saya sbb dah terbiasa akan patah balik kt blog org tu so w.pun komen sy x berbls janji sy puas haati bile tgk balik. :)

kotak bulat said...

kb tak bls komen..hehheeh :)
tp dtg singgah semula..

cik pip said...

kalau empunya blog xbalas mesti dai akan hit kita balik sebb dah susah2 komen dekat situ.tapi bagi aku,aku akan tetp dtg hit diaorg sebb aku hargai..tink..tink..jom join: Jom Join Segmen Sulung Aku

deqlis said...

tak wajib..sunat kot..heheh:-)

jom join segmen pertama deqlis...di jemput ngan segala hormat..:-) timaceh

iKhRam said...

kalau sya.. saya tetap balas.. kalau tak tu, maksudnye saya terlalu sibuk..

syuxer said...

aku pun dah jarang nak komen2 huhu..kalau pengomen tanya maybe aku akan balas..huhu