Thursday, August 11, 2011

Entry info | Bagaimana sikap syirik masuk ke Semenanjung Arab



Assalamualaikum dan salam sejahtera, entry ketiga untuk hari ini. Hari ni nak kongsi cerita sejarah islam iaitu tentang bagaimana sikap syirik masuk ke semenanjung Arab. kisahnya macam ni, Datang seorang lelaki Arab daripada suku Kuzaah yang bernama Amru bin Lu'aay. Suku Khuzaah menyerang suku Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah. Amru bin Lu'aay adalah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada suku kaumnya dan kemudian amalan menyembah berhala tersebar ke seluruh suku - suku Arab yang lain.

Amru adalah seorang yang kaya dan dermawan. Dialah yang menyediakan keperluan orang ramai yang datang mengerjakan haji di Mekah. Oleh itu, orang mudah terpengaruh dengan kata-katanya dan akhirnya mereka menurut perintahnya menyembah berhala. Bukan setakat itu sahaja, selepas itu Amru mencipta binatang-binatang yang kononnya suci supaya ia disembah. Antaranya diberi nama Saibah, Bahirah dan Hami. Hami adalah unta betina yang melahirkan 10 ekor unta jantan. Oleh itu, unta ini dinamakan Hami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih dan tidak boleh disakiti, sebaliknya dihormati dan dipuja.

Bermula dari situ, setiap suku Arab mempunyai berhala mereka sendiri. Hubal adalah berhala orang Mekah. Wud berhala suku Kilab. Suwa' berhala suku Huzail. Yaguth berhala suku Thoyyik dan penduduk Jerash. Ya'uq berhala suku Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Yang menarik lagi adalah berhala yang bernama Isaf dan Nailah, dua berhala yang disembah di kawasan Kaabah.

Menurut ahli sejarah, asalnya Isaf ini adalah seorang pemuda dari Yaman dan Nailah seorang gadis dari Yaman. Mereka saling mencintai tetapi tidak dibenarkan berkhawin oleh keluarga. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di Mekah pada musim haji. Tanpa disedari ramai , mereka melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah. Sebagai balasan, tuhan menukarkan mereka berdua menjadi batu. Selepas itu, Isaf diletakkan di bukit Safa dan Nailah diletakkan di Bukit Marwah. Sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain.

Apabila Amru bin Lu'aay datang ke Mekah, dia memindahkan kedua-duanya itu ke kaabah. Mereka menjadikan dua batu itu berhala yang disembah kerana sudah mula lupa asal usul batu itu. Begitulah penyebahan berhala yang semakin mendapat tempat di Semenanjung Arab.

p/s selamat berpuasa ;)

8 comments:

Anak Wak Mail said...

kalau tak silap semalam ada dengar orang baca terjemahan sebut pasal unta hami ni..tak ingat surah al an'am ke surah almaidah..=)

afzalsukasuki said...

oo ilmu2.take note!!

# nasibla orang tak sembah batu yang berupa si tanggang tu kan?

Karya Hati said...

cmtu rupenye..hehe..mekasih kongsi!

Teja Evalea said...

ohoo

Alif Haris said...

terima kasih bro :)
dari situlah wujudnya berhala2 yg mcm2 tu .. huhu

Unknown said...

amalan tu masih wujud turun temurun..susah nak ubah

syuxer said...

terima kasih..aku pun baru tau situ bermulanya berhala dicipta huhu

caliph shuriken said...

oic cmtu rupanya ia bermula.. dulu pnah tau byk berhala kt sana stakat tu jaa.. nice sharing bro, arigatou ^^