Saturday, August 13, 2011

Entry pendapat | mereka berkongsi..kita pula????



Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hari Selasa lepas, AirAsia dan MAS dah umumkan bahawa kedua-duanya telah memeterai satu rangka kerja kolaborasi menyeluruh yang merangkumi pertukaran saham dan perjanjian kerjasama bertujuan untuk meneroka peluang bagi kerjasama dalam pelbagai bidang. AirAsia boleh berkongsi teknologi dan kepakaran kejuruteraan MAS dan MAS boleh berkongsi dan mempelajari strategi promosi dan teknik pengurusan AirAsia. Selain daripada itu  banyak lagi kelebihan dan faedah yang mereka akan nikmati, itu secara dasarnya yang aku boleh lihat dari perkongsiaan ini ...dalam hal ini tiada unsur siapa menguasai siapa...itu kata dieoranglah aku tak tahu sangat dalam bab tu, tapi mungkin kesan jangka panjangnya kita tak tahu, mungkin yer atau mungkin tidak apa yang diberitahu itu...kita tunggu dan lihat sahaja.

Bagi aku, perkongsian ini bagus untuk industri penerbangan di Malaysia kerana ianya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang bagi aku selama ini bersaing antara satu sama lain dan kini  mereka akan lebih berdaya saing diperingkat antarabangsa....Dan al maklumlah kalau dua syarikat perkhidmatan bersaing yang akan untung adalah kita...maksud aku penggunat, tak banyak pun mungkin ada kelebihannya. Mungkin dulu sebelum adanya AirAsia, orang gerun bila kata " ko kene bertugas di Sabah atau Sarawak"...kerana apa ? kerana membayangkan harga tiket kapal terbang yang bukan kecik-kecik anak...makan ribu ooo pergi dan balik. Kalau nak harapkan waran Kerajaan jawabnya balik raya jer lah setahun sekali. Tetapi bila wujudnya AirAsia..everyone can fly...lepas kerja hari jumaat pun dah boleh balik KL...hari Jumaat a.k.a Friday dah boleh dikatakna Flyday (hari untuk terbang) ..hahaha..kita boleh buat perancangan awal dan boleh dapat tiket yang murah setara ngan tiket bus eskpress untuk pulang ke KL. Jadi bila adanya situasi macam tu...aku lihat MAS pun dah mula memperbaiki sistem penempahan penerbangannya dan menawarkan pelbagai promosi untuk menyaingi AirAsia..Maka berlakulah persaingan sihat yang akhirnya menguntungkan pelanggan a.k.a kita.

Hari ini mereka telah berkongsi a.k.a bergabung jadi mereka adalah satu dan dasar yang diputuskan lepas ini adalah atas persetujuan bersama. Dan apa yang penting tiada lagi persaingan antara mereka yang membolehkan kita membuat pilihan mana yang terbaik dan menyesuaikan dengan apa yang ada dalam wallet buruk kita...nak kata dah macam monopoli balik  pun bagi aku sesuai...Jadi harapan aku agar walaupun perkongsian ini menunjukkan tiada lagi persaingan dan sistem monopoli telah kembali dalam industri penerbangan di negara kita...aku berharap sangat dengan perkongsian ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan mereka seperti yang didakwa di samping tidak mengabaikan kepentingan pelanggan kerana semata-mata mengejar keuntungan.

Kadang-kadang aku terfikir kalau Celcom, Maxis dan DIGI berkongsi menjadi satu pasukan. Mereka mesti untung besar kan..Dan mereka tak perlu lagi fikir nak buat pelbagai promotion yang menjanjikan kadar terendah atau liputan terbaik..kerana tiada lagi yang terendah dan terluas selain mereka di Malaysia...

Kesimpulannya bagi aku ada pro dan kontranya keadaan ini....Dan tidak lupa juga kepada PROTON dan PERODUA...hanya masa yang akan menentukan...kita sebagai rakyat biasa tunggu dan lihat jer lah ye.

p/s : ini hanya pendapat aku jer...selepas terbaca tentang spekulasi penggabungan Proton dan Perodua plak pasni di paper.

13 comments:

alif haris said...

semurah mana air asia tu pn ,buat masa ni aku tak pernah naik lg kapal terbang har har har :D

psl penggabungan ni pn aku rasa mcm kurag mberi keuntungan kepada kita sebagai pengguna yg berhak memilih mana yg terbaik ..
pada mereka memang sudah pasti menguntungkan tp utk para pengguna tak tahu lg ..

tu la tunggu dan lihat je la pasni.. camne mutu dan kualiti dorag lepas bergabung ni ..

aimie amalina said...

weeeee
betoll!
every one can fly...
seng jek nak balik kg skrg =)

SoLy SoLicious said...

ha..btol tu...bila celcom trunkan kadar caj, yg len pun buat iklan same.. kalo depa termetrai pnjanjian sme kan xyah lah bersaing2 iklan bagai..

cucu umie said...

kalo berlaku perkbungan mungkin ad pro and contranyer.. kita lihat shjelah bgaimana ereka menjlnkan misi yg tlh mereka ktekan..

Titisan Hujan said...

dh bgabung ni hrpny lg murah la tmbg

cpt ckit smpai kt kg t nek eloplane

ArulchelseA said...

gabung ke tk ke..kita tetap bayar lebih... kih kih kih kih

iKhRam said...

semoga kolaborasi ini menguntungkan mereka dan para pengguna disamping membantu menjana ekonomi negara.

iKhRam said...

semoga kolaborasi ini menguntungkan mereka dan para pengguna disamping membantu menjana ekonomi negara.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

harap dapt lah menguntung kan para pengguna ye

choki tak penah nek eroplen lagi . hehe

:)

Bui Junaidi said...

bgslah kalau mereka betul2 bergabung..kita sebagai pengguna pun akan dpt menikmati faeadahnya nnt..

sekarang tgh2 nk usha2 tiket..nk g korea..hahaha..

LiFe KaMi said...

skarang ni kalau beli awal tiket air asia dapat le murah ,lebih sikit dari tiket bas, senang kami skang maklum le tiap2 bulan mmg akan naik flight keja outstation, mmg perkara yg penting..:)

Aida Omar said...

aida x pernah naek lagi kapal terbang..hehe

hope gabungan mereka nie menguntungkan pengguna jugak kan..

MARIA LIZA said...

hopefully harga tak naik la...