Saturday, August 6, 2011

" LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN"

nak join klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, putih vs hitam. mestilah hitam menangkan. Biasanya hitam itu kelihatan gagah dan hebat manakala putih dilihat lembut dan lemah. Macam gambar kat bawah ni...yang putih setakat ambik masa boleh laaa..huhuh...wancikgumuzik buat segmen lagi...aku suka join segmen beliau sebab selain aku join segmen, aku boleh memberi pendapat dan pandangan tentang dunia blog ni...walaupun aku new comers dalam dunia maya ni, tidak semestinya aku tak boleh bagi pendapat dan pandangan kan..huhu

Pada awalnya aku tak terlintas langsung nak gunakan warna hitam untuk background entry blog aku ni, dulu ada gak tukar colour lain, tapi rasa macam tak best plak dan rasa cam tak  firm. Jadi aku kekal bersama warna hitam sehingga kini, kenapa aku pilih hitam ? nape tak putih macam kebanyakan orang..Kebiasaanya warna hitam ni orang akan kaitkan dengan perkara yang tidak elok seperti ketakutan, kesunyian, kematian, kekotoran dan pelbagai lagi perumpamaan negatif macam kambing hitam, hitam legam, ilmu hitam dan tidak terkecuali juga senarai hitam.hahaha...ok back to the point mengapa aku gunakan warna hitam pada latar belakang artikel blog aku ni.

  • Menampakkan kematangan - aku nak orang tengok blog aku ni sebagai satu blog yang matang dan sesuai dengan umur aku yang dah matang ni, mengapa aku katakan hitam itu matang cuba kita lihat dalam tradisi judo, teakwando dan karate, sape yang dapat black belt tu kira dah berada di tahap yang boleh dikitakan hampir sempurna dalam ilmu yang dipelajarinya. wancikgumuzik mesti lagi arif pasal ni sebab aku tengok bukan main lagi dia flying kick bagai dalam facebook.hahaha, aku setakat karate basic je
  • Menginsafkan - orang selalu kaitkan hitam itu dengan  kegelapan, kehampaan dan kebodohan, jadi aku mahu seiapa yang datang sini kita sama-sama menginsafi diri yang sebenarnya tiada apa kehebatan pun kita di sisiNYA...Jangan kita megah dan mudah lupa dan berbangga-bangga dengan kelebihan yang kita miliki sekarang, ingatlah brother adik kakak sekalian kita diciptakan dan bermula dari alam yang gelap gelita yakni perut ibu dan akan berakhir pun dalam dunia yang gelap (kubur). Jadi kita perlu ingat alam gelap itu sekarang untuk mencari setitik cahaya untuk menerangi kita di sana nanti.ada faham!!!!, sebab itu kita digalakkan rajin sembahyang malam maksud aku bertahajjud dikala semua manusia sedang nyenyak tidur kerana dengan amalan tersebut boleh menimbulkan kekuatan spiritual dan kekukuhan iman dalam diri kita.
  • Konotasi warna yang positif - dengan berlatarbelakangkan hitam, aku bebas menggabungkan pelbagai warna tanpa perlu memikirkan tentang kesesuaiannya...cuba lihat ni..kalau aku warnakan kuning, merah  dan biru terbukti nampak lebih menarikkan berbanding kalau backgroundnya putih kalau tak percaya cuba buat.
Di atas merupakan alasan aku mengapa aku gunakan warna hitam sebagai background walaupun beberapa orang sahabat dah beralih kepada warna putih cam Arulchelsea dan syuxer, mungkin mereka ada alasan tersendiri...Aku tak nafikan warna putih merupakan warna yang terbaik dan aku akuinya tetapi biarlah aku sedikit berbeza kerana kadang-kadang perbezaan itu lebih membuatkan aku lebih menyerlah ditengah-tengah mereka yang ramai.

22 comments:

Hafizin Jamil said...

hitam itu unggul..ehee

simanis said...

erkkk?? tua dah eh??? akakakkaka...

Firdaus Life said...

hitam kegemaranku. ahaks

tia @ Ini Kisah Tia said...

di sebalik kelebihan , mesti ada kekurangan kan :D

Unknown said...

hoho huraian yg menarik!!!

Wanie said...

kalau background hitam sesuai ngan tulisan putih..jadi takde masalah hitam atau putih ni..bergantung kepada blogger tu la kan :)

Unknown said...

hitam itu tenang

Unknown said...

teringat iklan jam seiko dulu-dulu (tahun 80-an kut masa nak start berita kat TV)...hitam itu menawan...

arituarini said...

khairil bttul tu..lama dah iklan tu..kih kih..

HD aku dua tu je aku mint...putih dan hitam..klau bleh belang2 lg aku suka..

wan_cikgumuzik said...

hang memang sastera laa dani.. bahasa hang sangat bagus ok.. guat tabik spring sama lu ok.. bagus pendapat hang tuu... insyaalah kita akan kongsikan bersama2 yerr..

thanks sbb sentiasa menyokong segmen aku yang kerdil nih.. aku sangat hargainya... maaf sbb lewat check sbb tadi dok pulun blogwalking... hehehe

Ayie said...

hitam itu perilis.. tengok la blog aku.. kelabu taik anjing..!! hahaha

Anonymous said...

bagus2!

mohdhazlan Dreadlock said...

tumbs up bro:)

excellence!

kokser kokdam said...

itam smat!!

hehe

Anak Wak Mail said...

hitam itu menawan..tapi putih lagi suci..hehe..=)

Nizam Ijam said...

saya suka kelabu....hehe

iKhRam said...

nampaks saja kematangan blog inie...

mawarseri said...

;).

Unknown said...

hitam sesuai buat para lelaki
dan putih sesuai buat para wanita..
betul tak..?

Diari Si Froggie said...

hitam itu menawan..hehe

s u a r a h e a R t y said...

join segmen ni jugak. . hehehe. . .hitam itu chemistry dan mystery ;)

Aien Not Alien said...

betul bagai yang dikata..

berbeza dari yang lain...hitam itu menawan, putih itu suci...dua2 ok.. ^_^