Friday, September 23, 2011

Bajet 2012 | Gaji kakitangan awam naik ??? |


Salam to all my friend, 7 OKT 2011 aku  rasa semua sudah sedia maklum akan adanya pembentangan bajet 2012 pada hari tersebut.  Jadi setakat ni aku dengar pelbagai cerita dan gossip tentang Bajet yang akan dibentangkan pada bulan depan, dan yang paling hangat diperkatakan ialah kenaikan gaji kakitangan awam kepada 10%-15%. Dan guru-guru juga dikhabarkan akan menerima berita yang tidak kurang baiknya.  Betul ke tidak aku pun tak pasti, tapi aku syorkan janganlah mengharap sangat takut nanti kecewa, Kalau ada itu adalah rezeki bagi kakitangan awam dan kalau tiada, teruskan kerja dan bakti seperti biasa. Di bawah ni aku paste artikel dari Malaysia insider berkaitan hal ini.


Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13. The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. “Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib  yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen. Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider. Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

16 comments:

Sharifah Ma said...

Kalau betul naik memang bagus, rezeki untuk penjawat awam.. tapi kalau tak naik dapat bonus akhir tahun pun jadilah.. Bersyukur dengan apa yang ada...

Unknown said...

ambik ati ler teww

HEROICzero said...

dekat2 nak pilihanraya ni , untung sungguh penjawat awam . heu heu heu !

afzalsukasuki said...

adik saya tentera,akauntan dia bagitau gaji penjawat awam,polis ngan tentera dinaikkan rm500.wallahualam

Mama atiyyah said...

Amin..arapnye betol la gji kaktngan krjaan naik...lgi2 bg yg bgaji rendah dan sderhana...huhhuhh.....

Unknown said...

kalau ada Alhamdulilah sukanya..kalau xde..dapat bonus hujung thn ni jadilah..tapi kalau boleh nak la naik gaji!

lagi 1 tak adil la askar masih gaji rendah! kesian dorang di takuk lama..huhu harap2 gaji askar naik!

Niza Romli said...

Alhamdulillah syukur klu iye... kalau tak iye pun xpa syukur jugak :)

Anonymous said...

syukur alhamdulillah kalo dapat naik gaji..
bonus tu nnti2 pun boleh dapat

Unknown said...

bestnye!! nak jugak kje gamen! :)

Anak Wak Mail said...

wahh,,bolehla aku pow kakak2 kat tempat keje aku ni..hihi..:P

Anonymous said...

tahi palat nak naik gaji.....ngokkkkk

harrazdani said...

anon : alamak....nice word bro..;)

Zullism said...

si anon tu kenapa yer...?

MARIA LIZA said...

haruslah gaji naik..dapat bonus alhamdulillah..syukur sgt...

Abg said...

Tak naik...aku pangkah....lain lah pilihanraya nanti...hihihihihi

kongkekman said...

..olang yeing doh pencen pun keno jago..jugak bang...kasie up sikit..