Friday, September 9, 2011

Entry info | Tanah Melayu tidak pernah terjajah ?? pulak dah!!!



Salam to all my friend, sejak akhir-akhir ini timbul isu panas berkaitan sejarah peristiwa penting yang pernah berlaku di negara kita. Hari ini aku terbaca pula kenyataan daripada Prof Datuk Dr Zainal Kling yang menyatakan Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Jadi sejarah yang aku pelajari selama ini yang menyatakan Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957 macam mana pula ?. Ini aku petik daripada malaysiakini berkaitan kenyataan pfor tersebut.  Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.


"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

p/s : berharap sangat pakar-pakar sejarah di Negara kita membuat kajian dengan lebih terperinci dan menerangkan kepada kita semua agar generasi kini dan seterusnya akan celik sejarah dan lebih 
menghargai negara Malaysia yang tercinta ini.

10 comments:

Anak Wak Mail said...

dengar jugak kat berita pasal ni tadi..

harrazdani said...

AWM : dah makin keliru kan.....dulu jawab periksa...31 ogos 1957 Tanah Melayu bebas dan merdeka dari penjajahan British...masa tu cikgu tanda betul....cikgu salah laaa kot.atau aku yang tak faham..hahahah

tzmlt said...

hahhaaa..:)g mnuntut balik dgn cikgu tu..kih3!

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Orang Melayu dari dulu kini dan selamanya sentiasa keliru...yang cerdiknya "orang lain"

Abu Bagi said...

kalau nak cakap pasal ni kena betul2 tahu/ faham dan buat kajian pasal sejarah..kalau takat aku level spm ni tak paya la..hahahahaha

nice entry en dani..bagus utk dibahaskan..aku tak tengok brita tadi, baca entry ni baru aku tahu ada issu pasal ni..thanks :D

Unknown said...

lagi bertambah keliru....

Terbelog said...

ah..dijajah la tu...
ape ler hehe

Yana Halim said...

rasa macam sentiasa terjajah je. kalau tak bendera dah bertuko lain, segala jenis media pun dah boleh menjajah pemikiran dan gaya hidup. Tambah2 penjajahan yahudi melalui filem2 diorang. Lagi bahaya sebab tak payah perang2 pun...

caliph shuriken said...

tgk jgak berita pasal ni.. tambah serabut budak2 nk amik exam nanti, huh...

Vidic said...

ye ke??