Monday, September 19, 2011

Hantu Bonceng hina islam?????? betul ker....



Salam to all, aku ada terbaca daripada malaysiakini tentang filem yang top lagi hot sekarang ni   Hantu Bonceng kerana Skripnya ada unsur menghina islam. Secara umumnya pandangan aku tentang isu ini, no komen !!,  aku tak berani nak komen sebab aku pun belum tengok cerita ni. Tapi kalau ikutkan pihak yang mendakwa adanya skrip sedemikian seperti kat bawah ni.....

“Terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). "Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," - Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan. Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz

Kalau benar apa yang didakwa bagi aku amat malanglah industri filem kita kerana dah semakin kurang nilai  sensitivitinya khususnya kepada agama islam, kalau nak berbicara berkaitan sensitiviti adat dan budaya mungkin aku boleh katakan dah kurang sangat dah sekarang, alasan mudah " ikut kehendak skrip"...Kesimpulannya aku harap pihak yang mendakwa berikan bukti yang tepat seperti pada minit keberapa kesilapan itu dilakukan dan jika terbukti seperti yang didakwa bagi aku amatlah berat kesilapan ini dan pihak yang berkaitan perlulah bertanggungjawab dalam hal ini sepenuhnya. .

15 comments:

erleena said...

ouhh inikah isunyee, tp cite tuh bkan bes pom -.-

SoLy SoLicious said...

banyak terdengar tentang isu ni...hmmm

nagakeciks said...

Assalamualaikum bro ... pas bace blog ko , aku terus bukak movie yang aku dah donlod , tapi xtengok lagik ...

dan ye betul , minit 06:18 , watak Zizan nak mengucap , tapi sampai Muhammadar saje , xabis , tapi kemudian disebut perkataan Syaitan... tak tau kalo mase dirakam memang Zizan sebut camtu , atau selepas video diedit , dan editor x perasan ...

tapi heran , finas cek ke x cek?

harrazdani said...

naga : aku dah agak dah situasinya macam tu piz...tp tu kira macam mana yer..finas2..

nagakeciks said...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_sX0YsGwCN4

nagakeciks said...

Standard , nanti keluar statement minta maaf, tidak disengajakan ... next time tetap akan jadik lagik ... masing2 tau dapat duit je agaknye ... finas cerita cam gile2 nye kaki tapis , so inilah hasilnye

harrazdani said...

naga : seperti biasa...aku pun angguk tanda setuju....:(

Unknown said...

hmm..ada jgk tbc sal ni.
kalo betol, mmg xleh nk kata pe dah

kotak bulat said...

kb da tgk cerita tu dan mmg perasan babak tu.. serius sakit hati sgt2.. jelas zizan ungkap kalimah syahadah tak penuh.. ditambah pulak dgn perkataan syaitan.. smpai sekrg tak nampak lgi pihak mereka mintk maaf atau bg penjelasan.. keuntungan di pandang dulu.. sedihnya bila umat islam sendiri gelak bila kat part tu, tp serius kb langsung tak gelak..

harrazdani said...

KB : sensitivi dah makin hilang KB, alhamdulillah KB masih ada nilai itu...

arituarini said...

xtgok lg cite ni bro.. tp de tgok babak tu kt blog milosuam ari tu.. melawak yang terlebih ni..

Amanda Eltiqaz said...

btul ke? syes? saya blm tgk lg citer ni tp kwn2 sy kata kelakar, cuma tak tau lak ada ayat gitu..aiihh...

nagakeciks said...

standard filem negara kite dah hampir selevel filem luar ... bukan kualiti mahupun kuantiti .. tapi selevel kekurangan rasa sensitiviti pada hal2 agama ... cam filem2 Amerika , semua agama diorang boleh kutuk... orang2 kite skrg pun , perkara camnih ade yang respon "alah rilek lah ... xde ape pun mende camnih" , "xyah lah sensitip sangat , ko pun bukan alim mana pun"

Budak Nakal said...

hurm dunia akhir zaman...x patut bende ni blaku...xkan di segajekan???inikan negara islam^ ^...harap pihak yg tlibat dapat menerangkan mslh ni dgn hujah2 yg betul...

AZMI KHAN said...

Seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dalam Neraka sejauh antara timur dan barat. (H.R. Bukhari)

ucaplah sesuatu kalimat dgn sempurna jgn separuh2 kerana ia akan mengubah maksud kalimat iti sendiri....

tp klu bc statement ahmad idham lg best..... yg meluluskan filem ini terdiri dari pakar2 agama..... tu la yg ahmad idham kata......