Sunday, September 25, 2011

iPhone 5


salam to all my friend, aku petik dari utusan Malaysia online - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple merancang untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baru, iPhone 5, pada bulan depan. Menurut blog AllThingsD, iPhone 5 dijangka dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc. yang baru, Tim Cook pada 4 Oktober ini.

Jelas blog itu, telefon pintar berkenaan akan berada di pasaran beberapa minggu selepas pelancaran tersebut. ‘‘Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Cook berada dalam tekanan untuk mengekalkan prestasi syarikat pada tahap terbaik. ‘‘Ini selepas beliau menggantikan tempat Steve Jobs yang melepaskan jawatan itu pada 24 Ogos lalu,’’ katanya.

Di bawah pimpinan Jobs, Apple mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global. Apple juga mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Apple turut mencipta kejayaan dalam bidang telekomunikasi pada 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia. Pada Jun tahun lalu, Apple mengeluarkan iPhone 4 dan mencatat jualan berjumlah AS$20.34 juta (RM61.02 juta) pada suku terakhir tahun yang sama.

P/s belum sempat beli iphone4 dah keluar iphone5 pulak. dunia semakin pantas.....kalau korang nak tahu features iphone5 ni click SINI

7 comments:

ArulchelseA said...

aku satu iphone tk de bro..maklumlah tk mampu.. h/p pun 33sekupang ni..kih kih kih

simanis said...

Ok, saya nak jual iphone4 hitam ni...sape nak??

saya beli januari tahun ni, tak pernah jatuh, tak calar, dijaga lebih daripada jaga anak sdri...kehkehkeh!

ok, bye!

QUEENPINK said...

blackberry lagi best...

ABU said...

iPhone mmge best.. tapi msih tak mampu lagi nak beli..masih kekal dgn tiga tiga satu kosong.. blh buat protection baling anjen hehehehe :P

Fathiah Hamim said...

rasanya sampai 10 pun fa tak kan mampu beli heh

MrsCikSemut said...

perhh . tak mampu lah . haha . pakai ja yg mampu nuhh .kaya boleh laa . ni kayaap ja pon . :D

Khairil said...

best ke i-phone?...banyak function dia limited..kena jailbreak dulu... nak bluetooth pun kena sama jenis, xleh dgn hset lain...