Saturday, September 24, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 | kisah aku pun selit skali..huhuh!!!




Kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 boleh memohon kemasukan ke Program Matrikulas Kementerian Pendidikan bermula 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sebelum mengisi borang permohonan calon-calon disarankan membaca dan memahami syarat-syarat yang telah ditetapkan. SILA KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Salam to all my friend, bila tengok permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan ni teringat aku zaman-zaman belajar dulu. Aku merupakan pelajar perintis program ini. Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) Londang...tahun pengajian sesi 1999/2000. Kalau pernah belajar situ sila angkat tangan...boleh laa berjejak kasih.hahah.

Sempat satu sem kat situ, diarahkan pindah ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) plak dah, tujuannya nak suruh ada senior kat situ sebab student baru nak masuk...penat laaaa aku dan ramai lagi mencuci bangunan yang berhabuk sebab baru siap masa tu...pokok pun kecik2 lagi...tanah gersang betul. Sape pernah belajar sana??? ni super dupper senior sana tau..hahaha

Satu jer aku nak pesan belajar matriks ni, kene pandai bahagi masa sebab masa sangat pack...25 jam kredit beb seminggu..sekarang tak tahu lah sistem apa dieorang pakai. Jadi mohonlah dengan segera sesiapa yang berminat...link kat atas tu..selamat maju jaya.

6 comments:

Cheq Sue said...

masa matrik dulu, dapat di JB. Baru umur 18, dari Kelantan ke Johor, seuumur hidup paling jauh pi KB aje. Masa tu baru dapat adik, masjid dekat apartment pulak nama adik, ari2 nanges... huuuuuuuuuu

arituarini said...

aku tk masuk matrik.. penah tgok cite matrik je.. kih kih kih

ZWAN SABRI said...

owh.. ni la super duper senior kmpp ye? HAHA


MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

Unknown said...

kiranya hang ni golongan peneroka awal KMPP le ni ye...hehe

Rtp Farra Arisha said...

baguslah berkongsi info ini dgn semua :)

cik kiwi's said...

wooooo. saya matrik melaka dulu. london maliiiii.ngeh ngeh~